PERKHIDMATAN MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUMPUL DATA DAN DIMOBILISASI WAVE ENERGY CONVERTER (WEC) BAGI PENGUJIAN LAPANGAN
Perkhidmatan ini merangkumi ujian lapangan Wave Energy Converter (WEC) yang dijalankan oleh NAHRIM di Pantai Bachok, Kelantan. Projek ini melibatkan penghantaran, pemasangan, pemantauan, dan kutipan data tenaga yang dijana oleh WEC selama 14 hari. Data dikumpul menggunakan pencatat elektronik dan dianalisis untuk menilai kecekapan sistem. Pemantauan berkala dilakukan menggunakan dron dan pemerhatian visual. Fasiliti penyimpanan serta pembersihan disediakan untuk memastikan peralatan dalam keadaan baik. Cadangan penambahbaikan merangkumi optimasi konfigurasi lilitan gegelung, penggunaan magnet berkualiti tinggi, dan peningkatan reka bentuk untuk penjanaan tenaga lebih efisien. Hasil ujian menunjukkan potensi tinggi WEC sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui dengan beberapa penambahbaikan diperlukan bagi meningkatkan prestasinya.
Authors
Abstract

Citation
IR. TS. MUHAMMAD RIZAL RAZALI, SAIFUL BAHRI HAMZAH, SITI SALIHAH HJ MOHD SENDEK. 2024. PERKHIDMATAN MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUMPUL DATA DAN DIMOBILISASI WAVE ENERGY CONVERTER (WEC) BAGI PENGUJIAN LAPANGAN. Digital NAHRIM Publication Repository.