National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

Seminar / Workshop / ColloquiumPublic2016

Penyelidikan Ke Arah Banjir Sifar Sungai Klang- Kajian Kes Sungai Kerayong

Banjir merupakan fenomena cuaca yang kerap berlaku dan bencana semulajadi di Malaysia sejak dahulu lagi. Penduduk di sekitar Sungai Klang mengalami kesukaran apabila keadaan ini berterusan untuk tempoh yang lama. Ekoran daripada kejadian banjir, penduduk setempat mengalami kesesakan lalu lintas, kerosakan harta benda termasuk kereta, rumah dan harta benda yang lain. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa termasuklah penguatkuasaan pembinaan kolam takungan, memperbaiki sistem saliran dan perparitan serta membina terowong SMART. Selain daripada pelbagai kaedah berbentuk struktur, pendekatan bukan struktur melalui penyelidikan menyeluruh menggunakan data, analisa yang tepat dan terkini akan membantu penilaian keberkesanan usaha tebatan banjir di Lembah Klang dan seterusnya memberikan cadangan penambahbaikan ke arah banjir sifar di kawasan lembangan ini. Kajian ini menggunakan model hidrodinamik untuk menjalankan simulasi hidrologi dan hidrodinamik.

Language: English
Document code: b9899aa3-482d-11f0-a28c-00505695eb80
Research Area: River Basin
Published Year: 2016
DOI: —
ISBN / ISSN: —

Authors

IR. LIEW YUK SAN DATO IR. DR. HJ. NASEHIR KHAN BIN E.M YAHAYA

Abstract

Banjir merupakan fenomena cuaca yang kerap berlaku dan bencana semulajadi di Malaysia sejak dahulu lagi. Penduduk di sekitar Sungai Klang mengalami kesukaran apabila keadaan ini berterusan untuk tempoh yang lama. Ekoran daripada kejadian banjir, penduduk setempat mengalami kesesakan lalu lintas, kerosakan harta benda termasuk kereta, rumah dan harta benda yang lain. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa termasuklah penguatkuasaan pembinaan kolam takungan, memperbaiki sistem saliran dan perparitan serta membina terowong SMART. Selain daripada pelbagai kaedah berbentuk struktur, pendekatan bukan struktur melalui penyelidikan menyeluruh menggunakan data, analisa yang tepat dan terkini akan membantu penilaian keberkesanan usaha tebatan banjir di Lembah Klang dan seterusnya memberikan cadangan penambahbaikan ke arah banjir sifar di kawasan lembangan ini. Kajian ini menggunakan model hidrodinamik untuk menjalankan simulasi hidrologi dan hidrodinamik.

Citation

IR. LIEW YUK SAN , DATO IR. DR. HJ. NASEHIR KHAN BIN E.M YAHAYA. 2016. Penyelidikan Ke Arah Banjir Sifar Sungai Klang- Kajian Kes Sungai Kerayong. Digital NAHRIM Publication Repository.