National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

LaporanPublic2020

PENILAIAN RISIKO IMPAK PENINGKATAN ARAS LAUT TERHADAP KAWASAN PESISIRAN PANTAI DI NEGERI KEDAH

Negeri Kedah mempunyai keluasan 946,751.9 hektar dan dikenali sebagai negeri jelapang padi yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Kajian ini meliputi kawasan pesisiran pantai negeri Kedah sepanjang 91 km dan tidak termasuk Pulau Langkawi, Pulau Payar serta pulau pulau kecil di sekitarnya. Kajian ini akan memberi fokus kepada keluasan pesisiran pantai meliputi jarak daratan 5 km dari Purata Air Laut Tertinggi (Mean High Water Level - MHWL) bagi analisis zon guna tanah manakala bagi penilaian sosioekonomi pula meliputi kawasan jarak daratan dalam radius 1 km dari MHWL. Melalui kajian ini, Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 (RSNK 2035) digunapakai dalam meramal impak kenaikan aras laut terhadap zon guna tanah di sepanjang pesisir pantai Kedah. Daripada kajian, Peta Inundasi Kebanjiran akibat peningkatan aras laut negeri Kedah akan dianalisis dan peratusan zon-zon guna tanah yang terjejas akan dianalisis dan dinilai. Peta inundasi berdasarkan unjuran NAHRIM untuk tahun 2020, 2040, 2060, 2080 dan 2100 digunakan dalam kajian ini. Menjelang tahun 2100, aras peningkatan air laut diunjurkan setinggi 0.48 m dan keluasan kawasan zon guna tanah yang terimpak dijangka mencapai 13,407.08 hektar iaitu peningkatan sebanyak 938.6 hektar kawasan pesisiran pantai berbanding tahun 2080. Dengan peningkatan kawasan banjir ini, sebanyak 31.7 peratus kawasan kajian akan terjejas akibat peningkatan aras laut. Secara amnya, berdasarkan kesemua analisis peningkatan aras laut ini juga, dijangka zon kawasan pertanian padi adalah yang paling terjejas diikuti dengan kawasan perumahan serta institusi dan fasiliti. Bagi kajian sosio-ekonomi, seramai 200 respoden yang dipilih secara rawak telah terlibat di sepanjang kawasan kajian melibatkan pecahan empat zon yang utama. Analisis mengenai kebergantungan penduduk terhadap pesisiran pantai dan pengetahuan terhadap fenomena peningkatan aras laut telah dijalankan. Beberapa cadangan mitigasi untuk mengoptimumkan kesan peningkatan aras laut juga telah digariskan dalam kajian ini.

Language: English
Document code: 56b8c5e7-3a09-11f0-a28c-00505695eb80
Research Area:
Published Year: 2020
DOI: —
ISBN / ISSN: 978-967-0382-20-3

Authors

Wan Ahmad Hafiz Wan AzharyANIZAWATI AHMADAMRI BIN MD SHAH

Abstract

Negeri Kedah mempunyai keluasan 946,751.9 hektar dan dikenali sebagai negeri jelapang padi yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Kajian ini meliputi kawasan pesisiran pantai negeri Kedah sepanjang 91 km dan tidak termasuk Pulau Langkawi, Pulau Payar serta pulau pulau kecil di sekitarnya. Kajian ini akan memberi fokus kepada keluasan pesisiran pantai meliputi jarak daratan 5 km dari Purata Air Laut Tertinggi (Mean High Water Level - MHWL) bagi analisis zon guna tanah manakala bagi penilaian sosioekonomi pula meliputi kawasan jarak daratan dalam radius 1 km dari MHWL. Melalui kajian ini, Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 (RSNK 2035) digunapakai dalam meramal impak kenaikan aras laut terhadap zon guna tanah di sepanjang pesisir pantai Kedah. Daripada kajian, Peta Inundasi Kebanjiran akibat peningkatan aras laut negeri Kedah akan dianalisis dan peratusan zon-zon guna tanah yang terjejas akan dianalisis dan dinilai. Peta inundasi berdasarkan unjuran NAHRIM untuk tahun 2020, 2040, 2060, 2080 dan 2100 digunakan dalam kajian ini. Menjelang tahun 2100, aras peningkatan air laut diunjurkan setinggi 0.48 m dan keluasan kawasan zon guna tanah yang terimpak dijangka mencapai 13,407.08 hektar iaitu peningkatan sebanyak 938.6 hektar kawasan pesisiran pantai berbanding tahun 2080. Dengan peningkatan kawasan banjir ini, sebanyak 31.7 peratus kawasan kajian akan terjejas akibat peningkatan aras laut. Secara amnya, berdasarkan kesemua analisis peningkatan aras laut ini juga, dijangka zon kawasan pertanian padi adalah yang paling terjejas diikuti dengan kawasan perumahan serta institusi dan fasiliti. Bagi kajian sosio-ekonomi, seramai 200 respoden yang dipilih secara rawak telah terlibat di sepanjang kawasan kajian melibatkan pecahan empat zon yang utama. Analisis mengenai kebergantungan penduduk terhadap pesisiran pantai dan pengetahuan terhadap fenomena peningkatan aras laut telah dijalankan. Beberapa cadangan mitigasi untuk mengoptimumkan kesan peningkatan aras laut juga telah digariskan dalam kajian ini.

Citation

Wan Ahmad Hafiz Wan Azhary, ANIZAWATI AHMAD, AMRI BIN MD SHAH. 2020. PENILAIAN RISIKO IMPAK PENINGKATAN ARAS LAUT TERHADAP KAWASAN PESISIRAN PANTAI DI NEGERI KEDAH. Digital NAHRIM Publication Repository.