National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

ReportPublic2018

LAPORAN PERKHIDMATAN MEMASANG DAN MENGUJI JALAN PRODUK PERANGKAP MINYAK DAN SISA MAKANAN NAHRIM (NAHRIM OIL AND FOOD WASTE TRAP - NOFAT) VERSI 2

Produk inovasi bagi memerangkap lemak, minyak dan gris yang dikenali sebagai NAHRIM Oil and Food Waste Trap atau singkatannya NoFAT Versi 2 telah berjaya dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Sebanyak 2 unit NoFAT Versi 2 telah dihasilkan bagi tujuan diletakkan di dua tempat yang berbeza iaitu di sebuah restoran dan di rumah. Melalui penghasilan NoFAT versi 2, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan bagi tujuan penambahbaikan berbanding dengan produk NoFAT yang terdahulu. Setelah siap membangunkan produk NoFAT versi 2 ini, proses pengambilan data bagi tujuan penyelidikan yang seterusnya dijalankan. Dua lokasi utama telah dipilih bagi menjalankan penyelidikan dan proses pengambilan data iaitu di Restoran Aliff di Seri Kembangan dan di sebuah rumah di Petaling Jaya. Pemasangan dan pengujian di lapangan telah dikenalpasti bagi menguji keberkesannya. Beberapa faktor telah diambilkira sepanjang pengujian NoFAT Versi 2 ini dilakukan. Antaranya kebolehan alat ini untuk menampung kadar alir sedia ada serta fungsi utamanya iaitu menapis minyak dan sisa makanan. Selain itu, kualiti air yang keluar daripada produk NoFAT Versi 2 ini juga diambilkira.

Language: English
Document code: 22b3e9d7-cd13-11ed-ac9d-00505695eb80
Research Area: Sewerage
Published Year: 2018
DOI: —
ISBN / ISSN: —

Authors

Dato Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin E.M Yahaya

Abstract

Produk inovasi bagi memerangkap lemak, minyak dan gris yang dikenali sebagai NAHRIM Oil and Food Waste Trap atau singkatannya NoFAT Versi 2 telah berjaya dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Sebanyak 2 unit NoFAT Versi 2 telah dihasilkan bagi tujuan diletakkan di dua tempat yang berbeza iaitu di sebuah restoran dan di rumah. Melalui penghasilan NoFAT versi 2, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan bagi tujuan penambahbaikan berbanding dengan produk NoFAT yang terdahulu. Setelah siap membangunkan produk NoFAT versi 2 ini, proses pengambilan data bagi tujuan penyelidikan yang seterusnya dijalankan. Dua lokasi utama telah dipilih bagi menjalankan penyelidikan dan proses pengambilan data iaitu di Restoran Aliff di Seri Kembangan dan di sebuah rumah di Petaling Jaya. Pemasangan dan pengujian di lapangan telah dikenalpasti bagi menguji keberkesannya. Beberapa faktor telah diambilkira sepanjang pengujian NoFAT Versi 2 ini dilakukan. Antaranya kebolehan alat ini untuk menampung kadar alir sedia ada serta fungsi utamanya iaitu menapis minyak dan sisa makanan. Selain itu, kualiti air yang keluar daripada produk NoFAT Versi 2 ini juga diambilkira.

Citation

Dato Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin E.M Yahaya. 2018. LAPORAN PERKHIDMATAN MEMASANG DAN MENGUJI JALAN PRODUK PERANGKAP MINYAK DAN SISA MAKANAN NAHRIM (NAHRIM OIL AND FOOD WASTE TRAP - NOFAT) VERSI 2. Digital NAHRIM Publication Repository.