HIKMAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP KEPADA ALAM SEKITAR
Buku pertama terbitan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berjudul Hikmah PKP kepada Alam Sekitar ini diilhamkan YBhg. Dato’ Seri Ketua Setiausaha pada 30 April 2020, ketika dunia sedang bergelut memerangi wabak COVID-19, dan negara sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020. Antara lain, buku ini berkongsi bagaimana PKP secara tidak langsung membolehkan proses pemulihan alam sekitar berlaku secara semula jadi, baik di Malaysia mahupun seluruh dunia. Selain untuk rujukan, buku ini juga bertujuan membantu masyarakat memahami situasi sukar memerangi pandemik wabak, berikutan berperang dengan musuh yang tidak kelihatan. Justeru, bergerak dalam kabur begini, jalan terbaik adalah memahami kesan perbuatan dan tingkah laku kita sebagai penghuni bumi, selari dengan banyak peringatan al-Quran yang menyebut perihal hubungan manusia, haiwan dan alam sekitar. Semoga buku ini menjadi panduan bagi rakyat Malaysia merangka kaedah paling sesuai menjalani kehidupan norma baharu, sekali gus menyumbang kepada pemuliharaan dan pemeliharaan berkekalan alam sekitar dunia.
Authors
Abstract

Citation
NOOR SHAHIDA ROSLI. 2020. HIKMAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP KEPADA ALAM SEKITAR. Digital NAHRIM Publication Repository.