National Water Research Institute of Malaysia

Utusan Borneo

Selesaikan segera masalah bekalan air: Chew

21 February 2025

Utusan Borneo

SANDAKAN: Penduduk di Kampung Makmur di sini baru-baru ini mengalami masalah bekalan air.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, berikutan aduan diterima itu, beliau segera menyampaikan masalah itu kepada pihak berwajib.

"Tinjauan mendapati 15 rumah di kawasan tinggi kampung berkenaan tidak menerima bekalan air selama seminggu dan terdapat dua rumah di kawasan rendah menerima bekalan air tetapi tekanan air yang rendah," katanya.

Beliau berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan segera pihak berwajib.