Laporan Pemantauan Kualiti Air Tasik Taman Botani Perdana Mac, NAHRIM, 2015
Authors
Abstract
Berdasarkan analisa makmal yang dijalankan, Indeks Kualiti Air (IKA) tasik secara keseluruhannya berada pada Kelas II merujuk kepada jadual di Lampiran III dengan bacaan nilai Indeks Kualiti Air (IKA) pada semua stesen persampelan direkodkan antara 79 hingga 86. Jadual 2 di bawah menunjukkan parameter yang direkodkan bagi tujuan analisis Indeks Kualiti Air (IKA). Semua stesyen persampelan TP1-TP11 kini telah berada di Kelas II.
Pada tempoh rawatan yang dijalankan oleh pihak NAHRIM sebelum ini, masalah kualiti air diatasi melalui penggunaan turbidity curtain yang mampu menapis dan menghalang sedimen yang dibawa oleh air larian permukaan dari mengalir masuk ke dalam ruang tengah tasik. Keladi bunting yang tersusun di dalam ruang turbidity curtain pula berfungsi merawat air larian permukaan tersebut melalui penyerapan nutrien manakala akar serabutnya memerangkap dan menapis sedimen tersebut.
Legacy Gedung metadata
- Original report name
- Laporan Pemantauan Kualiti Air Tasik Taman Botani Perdana Mac, NAHRIM, 2015
- Prepared by
- Syazrin Syima Binti Sharifuddin
- Report owner
- NAHRIM
- Type of report
- Assessment
- Geographical location
- Tasik Botani Perdana, Kuala Lumpur
- Additional information
- Berdasarkan Trophic State Index (TSI) tasik dikategorikan sebagai berkeadaan eutrophy iaitu mengandungi kadar nutrien yang tinggi, pertumbuhan alga dan pengurangan kandungan oksigen terlarut. Manakala Indeks Kualiti Air (IKA-JAS) menunjukkan tasik dikategorikan sebagai kelas II iaitu bersih.
- Price
- Free
- Legacy record created
- 4/23/2015 10:00:44 AM
- Legacy record modified
- 4/23/2015 10:08:44 AM
- Source workbook
- Water Analytical Services.xlsx, row 3
Citation
No citation record supplied.