PROJEK KAJIAN KELESTARIAN PELANCONGAN SUNGAI KILIM, LANGKAWI, KEDAH
Kilim Karst Geoforest Park (KKGP), yang terletak di bahagian utara Langkawi kini diberi status sebagai geopark oleh UNESCO. Akreditasi ini diberikan sejak tahun 2007 dan disemak semula pada tahun 2011. Penilaian terkini adalah pada bulan Ogos 2015 dan penilaian seterusnya adalah pada tahun 2019. Peningkatan jumlah pelancong telah menimbulkan permintaan yang berlebihan terhadap ekosistem alam sekitar KKGP dan mengancam kelestarian produk pelancongan ini. Antara penyumbang utama kepada masalah adalah ombak yang tinggi yang disebabkan oleh kelajuan bot pelancong, bilangan bot pelancong yang terlalu banyak, bilangan pelancong yang terlalu ramai, pemandu pelancong yang kurang terlatih dan kekeliruan dan pertindanan bidang kuasa pihak berkepentingan untuk memantau dan menguruskan aktiviti pelancongan. Kesan ombak yang dihasilkan oleh bot-bot pelancong dan kenaikan paras laut telah memberi kesan kepada ekosistem, terutamanya kawasan hutan bakau yang mengalami hakisan di sepanjang tebing Sungai Kilim jelas kelihatan. Banyak pokok bakau telah tumbang di beberapa lokasi dan masalah hakisan yang sangat buruk telah menjejaskan infrastruktur pelancongan. Selain daripada mengenal pasti kesan buruk kemusnahan alam sekitar terhadap kehadiran pelancong, projek ini turut mengenal pasti impak aktiviti pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk tempatan. Projek teknologi sains yang diterapkan antaranya menggunakan sesingap teknologi satelit penderiaan jarak jauh dan teknologi dron untuk mengkaji kesan hakisan sungai dan peningkatan paras laut di ekosistem bakau. Projek ini juga bertujuan mengenal pasti kesan jenis bot, saiz dan pemuatan hakisan. Beberapa metodologi kajian telah digunakan iaitu kaedah kualitatif, eksperimen dan kerja lapangan. Dari aspek sains sosial segala isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pemegang taruh di kawasan KKGP telah dikenal pasti dan beberapa penyelesaian yang praktikal dicadangkan bagi memastikan kelestarian status akreditasi geopark UNESCO dan memastikan perkembangan industri pelancongan Langkawi.
Authors
Abstract

Citation
TS. AHMAD HADI MOHAMED RASHIDI, WAN AHMAD HAFIZ WMA, IR. HJ. RADZI BIN ABD HAMID. 2019. PROJEK KAJIAN KELESTARIAN PELANCONGAN SUNGAI KILIM, LANGKAWI, KEDAH. Digital NAHRIM Publication Repository.