PENYELIDIKAN ANGKUTAN SEDIMEN DI PERAIRAN PELABUHAN KEMAMAN
Aktiviti pengorekan dan mendalamkan kawasan di perairan pelabuhan merupakan satu keperluan penting bagi memastikan pelabuhan kekal berfungsi dengan efisien dan selamat untuk operasi kapal-kapal dagang serta aktiviti perkapalan. Namun, kerja-kerja pengorekan ini boleh memberi kesan terhadap persekitaran marin, khususnya terhadap pola arus, gelombang ombak, dan pemendapan sedimen di kawasan sekitar. Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi telah menjalankan kajian ini bagi menilai kesan aktiviti pengorekan dan mendalamkan kawasan pelabuhan terhadap persekitaran marin terutama isu hakisan dan pemendapan di kawasan sekitar. Kajian ini menumpukan kepada impak yang mungkin berlaku terhadap corak arus pasang surut, keadaan ombak, serta pengangkutan sedimen, termasuk kemungkinan penyebaran sedimen terampai ke kawasan sekitarnya. Dengan menggunakan kaedah pemodelan hidraulik yang sistematik, kajian ini akan membantu dalam: i) Menentukan perubahan corak arus dan gelombang ombak akibat kerja-kerja pengorekan, ii) Menganalisis sejauh mana sedimen yang terampai boleh tersebar ke kawasan sekeliling pelabuhan, iii) Memberikan cadangan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan impak terhadap persekitaran pesisir pantai. Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini akan menjadi rujukan utama dalam perancangan dan pengurusan kerja-kerja mendalamkan dan pengorekan pelabuhan pada masa hadapan, bagi memastikan pembangunan yang mampan serta meminimumkan impak terhadap alam sekitar. Selain itu juga boleh dibangunkan sebagai penunjuk garis panduan bagi pengurusan risiko bencana dan mitigasi di kawasan pelabuhan.
Authors
Abstract

Citation
IR. TS. MUHAMMAD RIZAL RAZALI, SAIFUL BAHRI HAMZAH, SITI SALIHAH HJ MOHD SENDEK. 2025. PENYELIDIKAN ANGKUTAN SEDIMEN DI PERAIRAN PELABUHAN KEMAMAN. Digital NAHRIM Publication Repository.