LAPORAN TEKNIKAL JAWATANKUASA KHAS PENILAIAN TAPAK CADANGAN PENANAMAN BAKAU 2011 (PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK DAN SELANGOR)
Malaysia mempunyai persisiran pantai sepanjang 4800 km dan hampir semua negeri di Malaysia mengalami masalah hakisan. Kadar hakisan yang berlaku di sesetengah kawasan boleh mencapai sehingga 100m setahun. Ini menyebabkan negara kita kehilangan sebahagian besar kawasan persisiran pantai dan sekiranya masalah ini tidak dikawal, ia akan menjadi ancaman terutama kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pantai. Memandangkan sebahagian besar persisir pantai barat Semenanjung Malaysia terdiri daripada pantai berlumpur, penanaman pokok bakau merupakan salah satu kaedah penyelesaian kepada masalah hakisan pantai di kawasan tersebut. Dengan adanya pokok-pokok ini, ia akan bertindak sebagai penampan kepada tindakan ombak di kawasan persisir pantai. Namun begitu, bukan semua kawasan persisir pantai berlumpur ini sesuai ditanam dengan pokok bakau kerana pertumbuhannya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti keadaan ombak, arus, sedimen dan struktur tanah. Bagi mengenalpasti kesesuaian kawasan cadangan penanaman ini, Jawatankuasa Khas Penilaian Tapak Cadangan Penanaman Bakau telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi Penanaman Bakau dan Lain-lain Spesis Sesuai di Persisiran Pantai Negara yang membabitkan wakiwakil dari JPSM, FRIM, JPS dan NAHRIM telah ditubuhkan bagi membuat penilaian ke atas kawasan cadangan yang dikenalpasti untuk aktiviti penanaman pada 2011. Di dalam jawatankuasa ini, NAHRIM berperanan dalam memberi input dan gambaran awal mengenai keadaan hidraulik di kawasan pantai seperti kekuatan arus, kadar hakisan, kepekatan sedimen terampai serta ketinggian dan arah ombak yang berlaku di sekitar lokasi-lokasi cadangan penanaman. Input ini merupakan elemen-elemen yang penting kerana pokok bakau hanya sesuai di tanam di kawasan yang mempunyai kekuatan arus dan ketinggian ombak yang rendah. Ombak dan arus yang kuat akan menyebabkan anak pokok yang ditanam mudah dihanyutkan ombak disebabkan kesukaran akar pokok untuk mencengkam kukuh pada tanah di samping masalah hakisan yang menjejaskan kestabilan tanah.
Authors
Abstract

Citation
Wan Ahmad Hafiz Wan Azhary, Nor Aslinda Awang, Lee Hin Lee, Anizawati Ahmad, Khairol Azuan Adam. 2011. LAPORAN TEKNIKAL JAWATANKUASA KHAS PENILAIAN TAPAK CADANGAN PENANAMAN BAKAU 2011 (PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK DAN SELANGOR). Digital NAHRIM Publication Repository.