Dataran Rendah Jelapang Padi. 'Adaptasi Kenaikan Aras Laut'
Pesisiran pantai di utara pantai barat Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang rendah dan landai serta terdedah kepada impak air laut. Berdasarkan kajian asas yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi NAHRIM, sebahagian besar kawasan pesisiran pantai dilindungi oleh struktur ban-ban pantai yang bertindak sebagai benteng bagi melindungi kawasan-kawasan daratan daripada dilimpahi oleh air laut terutama ketika air pasang besar. Sebahagian besar kawasan-kawasan yang dilindungi oleh ban-ban ini di utara pantai barat Semenanjung Malaysia merupakan kawasan pertanian seperti padi, sawit dan kebun-kebun kecil yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Lokasi-lokasi pertanian ini terletak di kawasan bertopografi rendah dan sebahagiannya adalah lebih rendah daripada aras air pasang. Sekiranya ban-ban ini mengalami kegagalan, maka kemusnahan kawasan pertanian dijangka akan berlaku dalam skala yang besar. Oleh itu, langkah-langkah adaptasi yang bersesuaian di kawasan rendah ini perlu dikenalpasti bagi mengurangkan risiko banjir kesan kenaikan aras laut.
Authors
Abstract

Citation
ANIZAWATI AHMAD, WAN AHMAD HAFIZ WMA, IR. TS. MUHAMMAD RIZAL RAZALI, SAIFUL BAHRI HAMZAH, IR. DR. LEE HIN LEE. 2021. Dataran Rendah Jelapang Padi. 'Adaptasi Kenaikan Aras Laut'. Digital NAHRIM Publication Repository.