Penyu di Melaka
Pernahkah anda mendengar tentang pendaratan penyu di Melaka? Selalunya negeri Terengganu sangat sinonim dengan pendaratan penyu di Malaysia. Tetapi, tahukah anda bahawa Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mencatatkan bilangan terbesar bagi pendaratan Penyu Karah (Hawksbill Turtle) di pesisir pantai Semenanjung Malaysia. Lokasi-lokasi pendaratan tersebut adalah Kem Terendak, Pasir Gembur, Padang Kemunting, Tanjung Bidara, Tanjung Serai dan paling banyak di Pulau Upeh. Walaubagaimanapun, aktiviti penambakan pantai yang tidak terkawal akan memberi ancaman terhadap populasi pendaratan penyu karah di Pulau Upeh yang akan memberi kesan jangka panjang. Penyu biasanya memerlukan kawasan pantai berpasir yang sunyi tanpa gangguan untuk bertelur. Penambakan pantai telah mengurangkan kelebaran selat antara Pantai Klebang dan Pulau Upeh dari 1.6 km kepada 600 m dimana ia akan memberi kesan kepada proses hidrodinamik dan keadaan morfologi pantai dimasa hadapan. Disamping itu, masalah hakisan pantai juga dilihat semakin serius seperti di Pangkalan Balak dan Padang Kemunting, menyebabkan kawasan pantai semakin mengecil dan membantutkan penyu untuk mendarat dan bertelur di kawasan tersebut.
Authors
Abstract

Citation
Amri Md Shah, Nor Aslinda Awang. 2011. Penyu di Melaka. Digital NAHRIM Publication Repository.