HIKMAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KEPADA ALAM SEKITAR: THE WISDOM OF MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO) TO THE ENVIRONMENT
Ketika dunia sedang bergelut dengan penularan wabak Koronavirus (Covid-19), terdapat hikmah tersembunyi terhadap alam sekitar. Penularan wabak ini telah menyebabkan satu pertiga dunia berada di bawah sekatan pergerakan1. Secara tidak langsung, kebanyakan aktiviti dan operasi perindustrian, perkilangan, pembangunan infrastruktur dan pengangkutan berkurangan secara drastik2. Di Malaysia, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kilang-kilang dan premis perniagaan tidak dibenarkan untuk beroperasi3. Statistik menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 43 berita tempatan dan luar negara yang memaparkan pelestarian sungai berlaku secara semulajadi sepanjang tempoh 4 Fasa PKP (18 Mac – 12 Mei) dengan jumlah berita tertinggi pada Fasa ke-3 (15 April – 28 April). Sumber berita adalah dari pelbagai medium antaranya media massa, media elektronik, perbincangan dan hantaran muatnaik di media sosial (Facebook, Twitter) serta platfom diskusi ilmiah seperti portal Research Gate.
Authors
Abstract

Citation
IR. TS. MUHAMMAD RIZAL RAZALI, NOOR SHAHIDA ROSLI. 2021. HIKMAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KEPADA ALAM SEKITAR: THE WISDOM OF MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO) TO THE ENVIRONMENT. Digital NAHRIM Publication Repository.