LAPORAN PEMPROSESAN DAN PENAFSIRAN DATA RESISTIVITI BAGI PROJEK MEMBAIKPULIH DAN MENINGGI BAN PANTAI SUNGAI BELUKANG, MUKIM RUNGKUP, DAERAH BAGAN DATUK, PERAK
Kaedah keberintangan geoelektrik merupakan kaedah geofizik yang sering digunakan dalam menentukan keadaan bawah permukaan bumi seperti ketebalan lapisan bawah tanah dan struktur batuan, zon potensi air bawah tanah dan akuifer, penerobosan air masin serta penjelajahan mineral. Secara amnya nilai kerintangan bahan berbeza bergantung kepada sifat fizik dan kimia bahan yang hendak dikaji . Kehadiran air dalam bahan menyebabkan nilai keberintangan akan menurun bergantung kepada jenis air sama ada air tawar, masin atau payau (brackish). Nilai keberintangan yang rendah menggambarkan kehadiran lapisan akuifer di kawasan berkenaan. Namun demikian, kehadiran lapisan berkerintangan rendah (kurang daripada 20 ohm-m) mungkin disebabkan kehadiran lapisan lumpur atau zon air payau atau air masin yang sering dijumpai di persisir pantai. Kaedah keberintangan geoelektrik ini menggunakan beberapa alat seperti; alat pengukur ABEM TERRAMETER LS2, yang mengabungkan sistem pemilih elektrod dan data logger, 61 batang elektrod, 4 gegelung kabel multicor , bateri ‘rechargeable’, tukul, dan klip penyambung. Fungsi Terrameter LS2 adalah untuk mengambil bacaan nilai kerintangan bahan bumi, menyimpan data-data lapangan dan untuk pemilihan konfigurasi elektrod yang hendak digunakan serta bertindak sebagai sistem pemilih elektrod (sepertimana yang dilakukan untuk sistem lama ABEM LUND Electrode Selector ES464. Setiap data yang diperolehi akan menggunakan empat batang eletrod yang dipilih secara automatik sepasang elektrod arus dan sepasang elektrod keupayaan untuk mengukur keberintangan bahan.
Authors
Abstract

Citation
P.GEOL, DR. MOHD KHAIRUL NIZAR SHAMSUDDIN. 2022. LAPORAN PEMPROSESAN DAN PENAFSIRAN DATA RESISTIVITI BAGI PROJEK MEMBAIKPULIH DAN MENINGGI BAN PANTAI SUNGAI BELUKANG, MUKIM RUNGKUP, DAERAH BAGAN DATUK, PERAK . Digital NAHRIM Publication Repository.