National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

Annual ReportRegistered2022

Laporan Tahunan 2021: Kajian Awal dan Rekabentuk Konsep Struktur Sabo, Yan, Kedah, Malaysia

Kajian Awal dan Rekabentuk Konsep Struktur Sabo, Yan, Kedah, Malaysia merupakan kajian lanjutan daripada fenomena aliran puing yang telah berlaku di Gunung Jerai, Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah pada 18 Ogos 2021. Insiden ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan kemudahan awam di sekitar kawasan Hutan Lipur berdekatan dengan Gunung Jerai. Justeru itu, satu pendekatan berstruktur secara holistik telah dicadang untuk dibina di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah bagi mengelakkan berulang kejadian aliran puing, mengawal aliran kayu-kayan, batuan dan sedimen, menstabilkan tebing dan cerun, pemuliharaan biodiversiti di samping menyelamat harta benda dan menjamin keselamatan nyawa orang awam. Untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan rekabentuk struktur Sabo, NAHRIM telah berkerjasama dengan negara Jepun melalui Kedutaan Jepun, Universiti Tsukuba dan Japanese National Research Institute for Earth Science and Disaster Resilience. Lawatan tapak bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Universiti Teknologi Malaysia - Malaysian-Japan International Institute of Technology (UTM-MJIIT) telah dijalankan untuk melihat kesan aliran puing dikawasan Titi Hayun, Tupah dan Seri Perigi. Kerja-kerja pengumpulan data seperti data hidrologi, dan data geomorfologi Gunung Jerai telah dijalankan untuk merekabentuk konsep struktur Sabo yang bersesuaian Manakala, pemodelan numerikal Kanako 2D telah digunakan untuk memodelkan aliran debris. Hasil daripada kajian ini akan menjadi asas dalam merekabentuk dan membina strukur Sabo di Yan, Kedah.

Language: English
Document code: 87086fc6-709d-11ed-a315-fa163eda1aa9
Research Area:
Published Year: 2022
DOI: —
ISBN / ISSN: —

Authors

IR. LIEW YUK SAN DR. MOHD AMINUR RASHID MOHD AMIRUDDIN ARUMUGAM IR. DR. SAFARI HJ. MAT DESA

Abstract

Kajian Awal dan Rekabentuk Konsep Struktur Sabo, Yan, Kedah, Malaysia merupakan kajian lanjutan daripada fenomena aliran puing yang telah berlaku di Gunung Jerai, Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah pada 18 Ogos 2021. Insiden ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan kemudahan awam di sekitar kawasan Hutan Lipur berdekatan dengan Gunung Jerai. Justeru itu, satu pendekatan berstruktur secara holistik telah dicadang untuk dibina di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah bagi mengelakkan berulang kejadian aliran puing, mengawal aliran kayu-kayan, batuan dan sedimen, menstabilkan tebing dan cerun, pemuliharaan biodiversiti di samping menyelamat harta benda dan menjamin keselamatan nyawa orang awam. Untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan rekabentuk struktur Sabo, NAHRIM telah berkerjasama dengan negara Jepun melalui Kedutaan Jepun, Universiti Tsukuba dan Japanese National Research Institute for Earth Science and Disaster Resilience. Lawatan tapak bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Universiti Teknologi Malaysia - Malaysian-Japan International Institute of Technology (UTM-MJIIT) telah dijalankan untuk melihat kesan aliran puing dikawasan Titi Hayun, Tupah dan Seri Perigi. Kerja-kerja pengumpulan data seperti data hidrologi, dan data geomorfologi Gunung Jerai telah dijalankan untuk merekabentuk konsep struktur Sabo yang bersesuaian Manakala, pemodelan numerikal Kanako 2D telah digunakan untuk memodelkan aliran debris. Hasil daripada kajian ini akan menjadi asas dalam merekabentuk dan membina strukur Sabo di Yan, Kedah.

Citation

IR. LIEW YUK SAN , DR. MOHD AMINUR RASHID MOHD AMIRUDDIN ARUMUGAM , IR. DR. SAFARI HJ. MAT DESA. 2022. Laporan Tahunan 2021: Kajian Awal dan Rekabentuk Konsep Struktur Sabo, Yan, Kedah, Malaysia. Digital NAHRIM Publication Repository.