Laporan Ringkas Mesyuarat Dan Lawatan Kerja Ke Lokasi Pembinaan Struktur Sabo Kedah_13 Mac 2022
Pada 13 Mac 2022, satu mesyuarat dan Lawatan kerja telah dihadiri oleh Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Dato' Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali di Pusat Informasi Sungai, Sungai Petani dan seterusnya ke tapak pembinaan struktur Sabo di Hutan Lipur Titi Hayun, Daerah Yan dan Loji Rawatan Air Syarikat Air Darul Aman (SADA), Daerah Kuala Muda, Kedah. Tujuan utama mesyuarat dan lawatan tersebut adalah untuk meninjau status kemajuan terkini pembinaan struktur Sabo di lokasi insiden banjir lumpur akibat kejadian aliran puing pada 18 Ogos 2021. Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Haji Mohd. Khuzai bin Hussain. Turut hadir bersama adalah Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli, Timbalan Pengarah Pembangunan, JPS Negeri Kedah dan En. Ahmad Azri bin Salleh, Jurutera Daerah Kota Setar/ Pendang/ Yan serta pegawai dan kakitangan NAHRIM dan JPS Negeri Kedah.
Authors
Abstract

Citation
IR. LIEW YUK SAN , IR. DR. SAFARI HJ. MAT DESA, DR. MOHD AMINUR RASHID MOHD AMIRUDDIN ARUMUGAM . 2022. Laporan Ringkas Mesyuarat Dan Lawatan Kerja Ke Lokasi Pembinaan Struktur Sabo Kedah_13 Mac 2022. Digital NAHRIM Publication Repository.