PROJECT SHEET - SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN (SPAH) RUMAH TERES TAMAN WANGSA MELAWATI
Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA) telah melaksanakan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) pada rumah teres dua tingkat di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur pada tahun 2001. Projek perintis bagi melihat keberkesanan SPAH bagi kediaman untuk penggunaan bukan minum (non potable) serta secara tak langsung berfungsi sebagai kawalan terhadap banjir kilat dengan menyimpan air hujan dan melepaskannya secara perlahan ke dalam sistem perparitan. Kajian ini dijalankan pada sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur di mana fokus utama adalah untuk mempertingkatkan kegunaan air hujan bagi tujuan bukan minum seperti pengepaman tandas, pembersihan pakaian, penyiraman landskap serta pembersihan umum di sekeliling rumah termasuk pencucian kenderaan seperti kereta dan motosikal. SPAH berfungsi sebagai sistem bekalan air tambahan kepada bekalan air yang sedia ada.
Authors
Abstract

Citation
IR. MARINI MOHAMAD IDERIS , IR. MOHD ZAKI MAT AMIN, NATIONAL WATER RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA (NAHRIM). 2004. PROJECT SHEET - SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN (SPAH) RUMAH TERES TAMAN WANGSA MELAWATI. Digital NAHRIM Publication Repository.