LAPORAN : TANGKI FRP BIOFLOCCULATION PROJEK RAWATAN AIR TASIK ZOO NEGARA
Pemisahan pepejal-cecair melalui bioflocculation merupakan operasi unit penting dalam rawatan air sisa. Terdapat beberapa kaedah untuk merawat air sisa seperti osmosis songsang, ultraungu, penyulingan, dan penapisan. Dalam projek ini, kaedah yang diberi tumpuan adalah proses bioflocculation. Sistem ini melibatkan penggunaan proses flokulasi dan penapis mekanikal. Proses flokulasi digunakan apabila tahap kekotoran air meningkat atau hendak mengasingkan pepejal daripada cecair. Flokulasi amat berkesan untuk mengurangkan kekotoran dan mengeluarkan warna, bahan pepejal dan koloid daripada air. Bioflocculation juga adalah satu proses di mana flokulasi dimediasi oleh kehadiran mikroorganisma atau bioflocculation. Ia juga boleh sebut sebagai penyingkiran zarah koloid dari larutan oleh Bioflocculant, dengan atau tanpa biodegradasi. Zoo Negara Malaysia adalah salah satu pusat pelancongan yang paling popular di Malaysia. Zoo Negara merangkumi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Selama tempoh pengoperasiannya ia telah menggunakan konsep zoo terbuka dengan lebih 90% daripada haiwan yang disimpan dalam pameran serta landskap yang luas bersesuaian dengan sifatnya. Malangnya, Zoo Negara telah menghadapi beberapa masalah dalam menguruskan rawatan air tasik untuk mengekalkan kebersihan air tasik. NAHRIM sebagai institut kebangsaan penyelidikan telah diberikan tanggungjawab untuk mengurangkan Indeks Pencemaran air tasik di Zoo Negara. NAHRIM telah menjalankan penyelidikan rawatan air dengan memasang tangki Bioflocculation FRP sebagai sebahagian daripada langkah untuk merawat air tasik untuk Zoo Negara. Projek ini merupakan salah satu usaha sama di antara NAHRIM dan Zoo Negara.
Authors
Abstract

Citation
NOOR AZME OMAR, IR. ICAHRI HJ. CHATTA, Mohd Baharum Muhamad Din, Ir. Hj. Mohd fauzi Mohamad. 2015. LAPORAN : TANGKI FRP BIOFLOCCULATION PROJEK RAWATAN AIR TASIK ZOO NEGARA. Digital NAHRIM Publication Repository.