National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

ReportRegistered2015

LAPORAN PROJEK PERINTIS BIODIGESTER SEWAGE NAHRIM OLEH MAKMAL KUALITI AIR (MKA), NAHRIM

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sebelum ini telah melakukan kajian biodigester di Zoo Negara dengan menggunakan najis haiwan (Zoo Organic Waste) sebagai feedstock bagi menghasilkan gas metana yang bertindak sebagai fuel dalam penghasilan elektrik. Najis haiwan tersebut terdiri daripada gajah, banteng, panda, badak dan “dumping site” (tempat pembuangan najis). Proses penghasilan elektrik melalui gas metana ini bermula dengan bancuhan najis yang dicampurkan dengan air sungai dalam nisbah 1:3. Bancuhan tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki biodigester dan melalui proses anaerobic digestion selama 20 hari. Kawalan pH antara 6 – 8 dan suhu 45 – 60⁰C juga dilakukan agar penghasilan gas metana dapat dicapai pada tahap optimum. Hasil daripada kajian tersebut telah menunjukkan bahawa bancuhan najis haiwan tersebut telah berjaya menghasilkan gas metana yang mencukupi bagi penghasilan elektrik. NAHRIM meneruskan kajian biodigester di dalam kawasan ibu pejabat NAHRIM sendiri dengan menggunakan najis manusia (sewage) sebagai feedstock bagi menghasilkan gas metana. Najis manusia juga merupakan salah satu bahan yang mampu menghasilkan gas metana selain Palm Oil Mill Effluent (POME), sisa makanan dan bahan kumbahan lain. Pemilihan najis kumbahan manusia sebagai feedstock memberikan alternatif lain selain najis haiwan. Kajian ini boleh dijadikan salah satu alternatif untuk mengurangkan sumber pencemaran kepada sistem saliran terutama sungai di Malaysia.

Language: English
Document code: 8705fbb6-709d-11ed-a315-fa163eda1aa9
Research Area: Environment
Published Year: 2015
DOI: —
ISBN / ISSN: —

Authors

CHM. SYAZRIN SYIMA SHARIFUDDIN IR. ICAHRI HJ. CHATTACHM. NOR SALMI ABDULLAHNOOR AZME OMARMuhammad AbdullahMohd Baharum Muhamad Din

Abstract

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sebelum ini telah melakukan kajian biodigester di Zoo Negara dengan menggunakan najis haiwan (Zoo Organic Waste) sebagai feedstock bagi menghasilkan gas metana yang bertindak sebagai fuel dalam penghasilan elektrik. Najis haiwan tersebut terdiri daripada gajah, banteng, panda, badak dan “dumping site” (tempat pembuangan najis). Proses penghasilan elektrik melalui gas metana ini bermula dengan bancuhan najis yang dicampurkan dengan air sungai dalam nisbah 1:3. Bancuhan tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki biodigester dan melalui proses anaerobic digestion selama 20 hari. Kawalan pH antara 6 – 8 dan suhu 45 – 60⁰C juga dilakukan agar penghasilan gas metana dapat dicapai pada tahap optimum. Hasil daripada kajian tersebut telah menunjukkan bahawa bancuhan najis haiwan tersebut telah berjaya menghasilkan gas metana yang mencukupi bagi penghasilan elektrik. NAHRIM meneruskan kajian biodigester di dalam kawasan ibu pejabat NAHRIM sendiri dengan menggunakan najis manusia (sewage) sebagai feedstock bagi menghasilkan gas metana. Najis manusia juga merupakan salah satu bahan yang mampu menghasilkan gas metana selain Palm Oil Mill Effluent (POME), sisa makanan dan bahan kumbahan lain. Pemilihan najis kumbahan manusia sebagai feedstock memberikan alternatif lain selain najis haiwan. Kajian ini boleh dijadikan salah satu alternatif untuk mengurangkan sumber pencemaran kepada sistem saliran terutama sungai di Malaysia.

Citation

CHM. SYAZRIN SYIMA SHARIFUDDIN , IR. ICAHRI HJ. CHATTA, CHM. NOR SALMI ABDULLAH, NOOR AZME OMAR, Muhammad Abdullah, Mohd Baharum Muhamad Din. 2015. LAPORAN PROJEK PERINTIS BIODIGESTER SEWAGE NAHRIM OLEH MAKMAL KUALITI AIR (MKA), NAHRIM. Digital NAHRIM Publication Repository.