PEMPROSESAN DAN PENAFSIRAN DATA RESISTIVITI BAGI KAJIAN NATIONAL WATER BALANCE STUDY (NAWABS) BAGI LEMBANGAN SUNGAI PAHANG
Sumber air bawah tanah adalah salah satu sumber alternatif yang digunakan untuk menampung kekurangan bekalan air permukaan atau menjadi salah satu komponen dalam polisi bekalan sumber air bercampur yang merangkumi beberapa sumber lain selain air larian permukaan. Keperluan air seluruh Negara secara amnya telah meningkat sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Iaitu seiring dengan pertumbuhan ekonomi, pembinaan infrstruktur, peningkatan populasi serta senario perubahan iklim. Air bumi atau air bawah tanah merupakan sumber yang kurang dieksploitasi sebelum ini dan iannya dapat digunakan apabila bekalan air permukaan tidak dapat menampung permintaan semasa terutamanya semasa musim kemarau. Bagi Negeri Pahang secara ammnya, penggunaan air bersih meningkat saban tahun. Kejadian putusnya bekalan air, terutamanya semasa musim kemarau dan musin perayaan merupakan fenomena lazim bagi sesetengah kawasan di negeri Pahang terutamanya di beberapa daerah yang kritikal. Ekoran daripada itu, pihak NAHRIM melalui Pusat Kajian Hidrogeologi (PKH) telah dilantik oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) untuk melakukan kajian mengenalpasti kawasan yang berpotensi mangandungi sumber air bawah tanah di beberapa lokaliti yang telah dikenalpasti oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Oleh hal yang demikian, survei geofizik dengan menggunakan kaedah pemetaan keberintangan 2D telah dirancang. Ia bertujuan bagi mendapatkan profil bawah permukaan bagi mengenalpasti kewujudan potensi air bawah tanah terutamanya pada kedalaman 80 hingga 160 meter. Ia merupakan sebahagian daripada komponen kerja di bawah Projek Kajian Sokongan NAWABS Lembangan Sungai Pahang oleh Jabatan Mineral dan Geosains Pahang. Garisan survei keberintangan 2D pelbagai orientasi telah dirancang dan dilaksanakan. Ianya terdiri daripada 16 garisan survei yang setiap satu 800m panjang, 13 garisan survei berjarak 400m dengan 1 garisan survei sepanjang 200m telah disempurnakan, diproses, dipamir dan diinterpretasi sebagai imej-imej profil keberintangan 2D
Authors
Abstract

Citation
P.GEOL, DR. MOHD KHAIRUL NIZAR SHAMSUDDIN. 2021. PEMPROSESAN DAN PENAFSIRAN DATA RESISTIVITI BAGI KAJIAN NATIONAL WATER BALANCE STUDY (NAWABS) BAGI LEMBANGAN SUNGAI PAHANG. Digital NAHRIM Publication Repository.