National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

Annual ReportPublic2021

PEMPROSESAN DAN PENAFSIRAN DATA RESISTIVITI BAGI KAJIAN NATIONAL WATER BALANCE STUDY (NAWABS) LEMBANGAN SUNGAI PERAK, SUNGAI KERIAN DAN SUNGAI KURAU

Kaedah keberintangan geoelektrik merupakan kaedah geofizik yang sering digunakan dalam menentukan keadaan bawah permukaan bumi seperti ketebalan lapisan bawah tanah dan struktur batuan, zon potensi air bawah tanah dan akuifer, penerobosan air masin serta penjelajahan mineral (Reynolds 1997). Secara amnya nilai kerintangan bahan berbeza bergantung kepada sifat fizik dan kimia bahan yang hendak dikaji (Rahman Yaccup et al 2007). Sebagai contoh, batuan utuh (solid rock) akan memberi keberintangan yang tinggi berbanding dengan batuan lembut (tanih/tanah) atau batuan yang telah pecah (fractured rock). Kehadiran air dalam bahan menyebabkan nilai keberintangan akan menurun bergantung kepada jenis air sama ada air tawar, masin atau payau (brackish). Nilai keberintangan yang rendah menggambarkan kehadiran lapisan akuifer di kawasan berkenaan. Namun demikian, kehadiran lapisan berkerintangan rendah (kurang daripada 20 ohm-m) mungkin disebabkan kehadiran lapisan lumpur atau zon air payau atau air masin yang sering dijumpai di persisir pantai.

Language: English
Document code: 8705f7b9-709d-11ed-a315-fa163eda1aa9
Research Area: Alternative Water Supply
Published Year: 2021
DOI: —
ISBN / ISSN: —

Authors

P.GEOL, DR. MOHD KHAIRUL NIZAR SHAMSUDDIN

Abstract

Kaedah keberintangan geoelektrik merupakan kaedah geofizik yang sering digunakan dalam menentukan keadaan bawah permukaan bumi seperti ketebalan lapisan bawah tanah dan struktur batuan, zon potensi air bawah tanah dan akuifer, penerobosan air masin serta penjelajahan mineral (Reynolds 1997). Secara amnya nilai kerintangan bahan berbeza bergantung kepada sifat fizik dan kimia bahan yang hendak dikaji (Rahman Yaccup et al 2007). Sebagai contoh, batuan utuh (solid rock) akan memberi keberintangan yang tinggi berbanding dengan batuan lembut (tanih/tanah) atau batuan yang telah pecah (fractured rock). Kehadiran air dalam bahan menyebabkan nilai keberintangan akan menurun bergantung kepada jenis air sama ada air tawar, masin atau payau (brackish). Nilai keberintangan yang rendah menggambarkan kehadiran lapisan akuifer di kawasan berkenaan. Namun demikian, kehadiran lapisan berkerintangan rendah (kurang daripada 20 ohm-m) mungkin disebabkan kehadiran lapisan lumpur atau zon air payau atau air masin yang sering dijumpai di persisir pantai.

Citation

P.GEOL, DR. MOHD KHAIRUL NIZAR SHAMSUDDIN. 2021. PEMPROSESAN DAN PENAFSIRAN DATA RESISTIVITI BAGI KAJIAN NATIONAL WATER BALANCE STUDY (NAWABS) LEMBANGAN SUNGAI PERAK, SUNGAI KERIAN DAN SUNGAI KURAU. Digital NAHRIM Publication Repository.