TEKNOLOGI LOJI JANAKUASA VORTEKS AIR SUNGAI : ANALISIS SIMULASI TURBIN VORTEKS HIDRO
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji tahap kecekapan di dalam sistem penjanaan elektrik dari kuasa vorteks graviti yang akan di bina di Pos Orang Asli atau di pedalaman Malaysia. Perkampungan Orang Asli ini terletak di pedalaman dan terkeluar dari Jaluran Grid Nasional yang merupakan talian penghantar bekalan elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia. Sistem hidro kuasa graviti vorteks ini akan dibina dengan menawarkan pilihan yang lebih baik dan lestari bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar. Fokus kajian ini adalah menentukan kecekapan sistem hidro kuasa graviti vorteks memandangkan bekalan elektrik yang kurang stabil sewaktu musim kering di penempatan Pos Orang Asli. Untuk kajian ini, 3D model dilukis menggunan perisian rekabentuk berbantukan computer (CAD) sebelum diimport ke dalam perisisan kejuruteraan berbantukan computer (CAE), ANSYS bagi tujuan simulasi. Keputusan yang diperolehi dari proses simulasi telah dianalisis bagi tujuan penentuan kecekapan. Daripada kajian ini, didapati bahawa tahap kecekapan adalah tinggi iaitu sebanyak 67.75% pada halaju air 2.0m/s sewaktu aliran masuk. Selain itu, beberapa parameter telah dikenalpasti yang menyumbang kepada tahap kecekapan ini seperti halaju air pada aliran masuk, saiz atau diameter saliran keluar serta nisbah saiz basin. Walaupun tahap kecekapan sistem ini memuaskan, kajian terperinci berkaitan komponen lain seperti generator, sistem transmisi serta jaringan hantaran kuasa juga memainkan peranan memandangkan terdapat kehilangan sepanjang proses ini berlaku sebelum kuasa elektrik sampai ke pengguna.
Authors
Abstract

Citation
Ir. Dr. Shamsul Sarip, Dr. Hazilah Mad Kaidi, IR. ICAHRI HJ. CHATTA, NOR ASLINDA AWANG, NOOR AZME OMAR, NUR ELYASABATH MOHD GHAZALI, Mohd Baharum Muhamad Din. 2021. TEKNOLOGI LOJI JANAKUASA VORTEKS AIR SUNGAI : ANALISIS SIMULASI TURBIN VORTEKS HIDRO. Digital NAHRIM Publication Repository.