National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

Working PaperRegistered2021

Cadangan Teknologi Empangan Sabo di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah

Cadangan Teknologi Empangan Sabo di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah ini disediakan lanjutan daripada kejadian banjir lumpur akibat fenomena kepala air di Daerah Yan, Kuala Muda Kedah pada 18 Ogos 2021. Banjir lumpur telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan kemudahan awam di sekitar kawasan Hutan Lipur berdekatan dengan Gunung Jerai. Empangan Sabo dicadang untuk dibina di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah bagi mengelakkan kejadian kepala air, mengawal aliran kayu, batu dan sedimen, menstabilkan tebing dan dasar, memelihara cerun dan biodiversiti dan menyelamat harta benda dan menjamin keselamatan nyawa orang awam. Secara umumnya, cadangan pembinaan Empangan Sabo ini merangkumi latar belakang, objektif, skop, lokasi dan metodologi kajian, maklumat mengenai Empangan Sabo, jadual perancangan kerja, implikasi kewangan, output dan outcome kajian yang dicadang dilaksanakan oleh pihak Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) ke arah penghasilan cadangan jenis dan Rekabentuk Konsep Empangan Sabo untuk rujukan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Hasil kajian ini diharap akan dapat mengesyorkan teknologi Empangan Sabo dan dilaksanakan di tapak bagi menangani masalah banjir lumpur dan aliran debris yang berlaku di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah.

Language: English
Document code: 8705e811-709d-11ed-a315-fa163eda1aa9
Research Area: River Basin
Published Year: 2021
DOI: —
ISBN / ISSN: —

Authors

IR. LIEW YUK SAN IR. MOHD ZAKI MAT AMINIR. DR. SAFARI HJ. MAT DESADR. MOHD AMINUR RASHID MOHD AMIRUDDIN ARUMUGAM DATO IR. DR. HJ. MD. NASIR MD. NOH

Abstract

Cadangan Teknologi Empangan Sabo di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah ini disediakan lanjutan daripada kejadian banjir lumpur akibat fenomena kepala air di Daerah Yan, Kuala Muda Kedah pada 18 Ogos 2021. Banjir lumpur telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan kemudahan awam di sekitar kawasan Hutan Lipur berdekatan dengan Gunung Jerai. Empangan Sabo dicadang untuk dibina di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah bagi mengelakkan kejadian kepala air, mengawal aliran kayu, batu dan sedimen, menstabilkan tebing dan dasar, memelihara cerun dan biodiversiti dan menyelamat harta benda dan menjamin keselamatan nyawa orang awam. Secara umumnya, cadangan pembinaan Empangan Sabo ini merangkumi latar belakang, objektif, skop, lokasi dan metodologi kajian, maklumat mengenai Empangan Sabo, jadual perancangan kerja, implikasi kewangan, output dan outcome kajian yang dicadang dilaksanakan oleh pihak Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) ke arah penghasilan cadangan jenis dan Rekabentuk Konsep Empangan Sabo untuk rujukan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Hasil kajian ini diharap akan dapat mengesyorkan teknologi Empangan Sabo dan dilaksanakan di tapak bagi menangani masalah banjir lumpur dan aliran debris yang berlaku di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah.

Citation

IR. LIEW YUK SAN , IR. MOHD ZAKI MAT AMIN, IR. DR. SAFARI HJ. MAT DESA, DR. MOHD AMINUR RASHID MOHD AMIRUDDIN ARUMUGAM , DATO IR. DR. HJ. MD. NASIR MD. NOH. 2021. Cadangan Teknologi Empangan Sabo di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah. Digital NAHRIM Publication Repository.