PEMBANGUNAN INSTRUMEN JURANG DIGITAL BAGI E- PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ANALISIS RASCH
Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang dibina iaitu mengukur jurang digital bagi e-pembelajaran dengan menggunakan analisis Rasch. Soal selidik initerdiri daripada tiga konstruk yang membentuk 9 item bagi mengukur jurang digital. Soal selidik telah ditadbir ke atas 97 orang pelajar pascasiswazah di kampus UKM Bangi dan data telah dianalisis menggunakan program Winstep v3.68.2. Antara analisis yang dijalankan dalam kajian ini ialah analisis unidimensionaliti item polariti dan varian reja terpiawai sertakebolehpercayaan. Dapatan kajian menunjukkan kesemua sembilan item yang telah dibina memenuhi keperluan Model Rasch dan oleh itu sesuai digunakan untuk mengukur jurang digital bagi e-pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan pembaikan item dari sudut pelarasan bahasa dan struktur ayat dan penambahan bilangan sampel yang lebih besar boleh meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan soal-selidik ini. Kajian ini menunjukkan bahawa analisis Rasch boleh membantu penyelidik memperbaiki soal selidik yang dibina secara telus dan sistematik.
Authors
Abstract

Citation
Dr. Aidah Abdul Karim (Fakullti Pendidikan UKM). 2017. PEMBANGUNAN INSTRUMEN JURANG DIGITAL BAGI E- PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ANALISIS RASCH. Digital NAHRIM Publication Repository.