National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

BukuRegistered2021

Pelan Antirasuah NAHRIM (OACP NAHRIM) 2021-2025

PENYATAAN KOMITMEN: Penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) adalah komitmen utama institusi ini untuk memastikan pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan adalah telus dan bersih dari sebarang ancaman gejala rasuah. Komitmen bagi penghasilan pelan adalah selari dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 menerusi Objektif Strategik 2.1 iaitu “Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik” yang mewajibkan sektor awam untuk membangunkan Pelan OACP. Pelan OACP yang disediakan menetapkan visi bagi melahirkan warga NAHRIM yang bebas rasuah dan salah laku negatif serta mempunyai nilai jati diri yang tinggi telah menggariskan pelbagai inisiatif yang melibatkan jaringan kerjasama bersepadu setiap pihak. Bagi mencapai hasrat tersebut, warga NAHRIM akan memfokuskan pelaksanaan inisiatif yang digariskan ke arah memperkukuh aspek governans, nilai integriti dan antirasuah berasaskan pematuhan perundangan secara menyeluruh. Selain itu, warga NAHRIM turut menyatakan komitmen untuk melaksanakan budaya kerja yang berteraskan integriti yang tinggi, mematuhi prosedur peraturan yang ditetapkan serta mengenepikan sebarang perlakuan yang bermatlamatkan kepentingan peribadi. Justeru, harapan kami agar pelan OACP ini akan menjadi rujukan utama yang bermanfaat oleh warga NAHRIM ke arah usaha menjadikan NAHRIM sebagai sebuah pusat rujukan penyelidikan air dan persekitarannya yang terunggul di dunia.

Language: English
Document code: 8705e3a4-709d-11ed-a315-fa163eda1aa9
Research Area: Lain-Lain
Published Year: 2021
DOI: —
ISBN / ISSN: 978-967-0382-45-6

Authors

NATIONAL WATER RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA (NAHRIM)

Abstract

PENYATAAN KOMITMEN: Penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) adalah komitmen utama institusi ini untuk memastikan pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan adalah telus dan bersih dari sebarang ancaman gejala rasuah. Komitmen bagi penghasilan pelan adalah selari dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 menerusi Objektif Strategik 2.1 iaitu “Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik” yang mewajibkan sektor awam untuk membangunkan Pelan OACP. Pelan OACP yang disediakan menetapkan visi bagi melahirkan warga NAHRIM yang bebas rasuah dan salah laku negatif serta mempunyai nilai jati diri yang tinggi telah menggariskan pelbagai inisiatif yang melibatkan jaringan kerjasama bersepadu setiap pihak. Bagi mencapai hasrat tersebut, warga NAHRIM akan memfokuskan pelaksanaan inisiatif yang digariskan ke arah memperkukuh aspek governans, nilai integriti dan antirasuah berasaskan pematuhan perundangan secara menyeluruh. Selain itu, warga NAHRIM turut menyatakan komitmen untuk melaksanakan budaya kerja yang berteraskan integriti yang tinggi, mematuhi prosedur peraturan yang ditetapkan serta mengenepikan sebarang perlakuan yang bermatlamatkan kepentingan peribadi. Justeru, harapan kami agar pelan OACP ini akan menjadi rujukan utama yang bermanfaat oleh warga NAHRIM ke arah usaha menjadikan NAHRIM sebagai sebuah pusat rujukan penyelidikan air dan persekitarannya yang terunggul di dunia.

Citation

NATIONAL WATER RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA (NAHRIM). 2021. Pelan Antirasuah NAHRIM (OACP NAHRIM) 2021-2025. Digital NAHRIM Publication Repository.