National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

Seminar / Workshop / ColloquiumRegistered2015

ANALISIS HUJAN, BANJIR DAN FENOMENA KESAN PERUBAHAN IKLIM DI NEGERI PANTAI TIMUR - MINI LAB MENGENALPASTI PUNCA BANJIR LUAR BIASA DI NEGERI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA (2015)

Mini Lab Mengenal Pasti Punca Banjir Luar Biasa di Negeri-Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 12 Mac 2015 bagi membentangkan analisis kejadian banjir tahun 2014 yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama pihak JPS dan NAHRIM. Hasil dapatan analisis yang dilaksanakan oleh NAHRIM dirumuskan bahawa banjir yang berlaku di lembangan sungai negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu adalah disebabkan oleh gabungan faktor hujan dari Monsun Timur Laut (luruan monsun), perubahan guna tanah dan perubahan iklim. Hujan yang lebat dan berterusan menghasilkan hujan lebihan (excess rainfall) yang amat tinggi. Hujan lebihan ini dikenal pasti telah menyebabkan air aliran ribut (stormflow) yang tinggi dan telah menyumbangkan kepada kejadian banjir luar biasa terutamanya di lembangan Sungai Kelantan, iaitu 926mm (90%) daripada 1,130mm hujan yang diterima. Manakala di Sungai Pahang sebanyak 533mm (88%) daripada 625mm hujan yang diterima dan Sungai Kemaman pula dianggarkan sebanyak 57% atau 687mm (57%) daripada 1,205mm jumlah hujan yang diterima. Perubahan litupan guna tanah dari hutan kepada bukan hutan di lembangan Sungai Kelantan, Pahang dan Terengganu dari tahun 1997-2010, menunjukkan perubahan yang kecil sahaja iaitu dari 3%-5% dan tidak mencukupi untuk mengaitkan punca peningkatan aliran puncak kejadian banjir yang berlaku. Kesan perubahan iklim didapati telah mempengaruhi dan meningkatkan jumlah hujan yang diterima iaitu dianggarkan di antara 18% - 40% dalam tempoh kejadian banjir luar biasa tersebut Berasaskan dapatan ini, faktor perubahan iklim seperti mana faktor hujan, perubahan guna tanah, geografi dan lain-lain yang berkaitan, hendaklah dimasukkan dalam peringkat perancangan, reka bentuk dan pelaksanaan projek-projek melibatkan sektor air dan infrastruktur.

Language: English
Document code: 8705e13e-709d-11ed-a315-fa163eda1aa9
Research Area: Hydrology
Published Year: 2015
DOI: —
ISBN / ISSN: —

Authors

IR. MOHD ZAKI MAT AMINIR. MARINI MOHAMAD IDERIS NURUL HUDA MD. ADNANGOH YEE CAINUR ELYASABATH MOHD GHAZALINUR AIZA MOHAMADMUHAMMAD RIZAL RAZALIGS. KHAIRUL ANAM MUSA MAHMUD

Abstract

Mini Lab Mengenal Pasti Punca Banjir Luar Biasa di Negeri-Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 12 Mac 2015 bagi membentangkan analisis kejadian banjir tahun 2014 yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama pihak JPS dan NAHRIM. Hasil dapatan analisis yang dilaksanakan oleh NAHRIM dirumuskan bahawa banjir yang berlaku di lembangan sungai negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu adalah disebabkan oleh gabungan faktor hujan dari Monsun Timur Laut (luruan monsun), perubahan guna tanah dan perubahan iklim. Hujan yang lebat dan berterusan menghasilkan hujan lebihan (excess rainfall) yang amat tinggi. Hujan lebihan ini dikenal pasti telah menyebabkan air aliran ribut (stormflow) yang tinggi dan telah menyumbangkan kepada kejadian banjir luar biasa terutamanya di lembangan Sungai Kelantan, iaitu 926mm (90%) daripada 1,130mm hujan yang diterima. Manakala di Sungai Pahang sebanyak 533mm (88%) daripada 625mm hujan yang diterima dan Sungai Kemaman pula dianggarkan sebanyak 57% atau 687mm (57%) daripada 1,205mm jumlah hujan yang diterima. Perubahan litupan guna tanah dari hutan kepada bukan hutan di lembangan Sungai Kelantan, Pahang dan Terengganu dari tahun 1997-2010, menunjukkan perubahan yang kecil sahaja iaitu dari 3%-5% dan tidak mencukupi untuk mengaitkan punca peningkatan aliran puncak kejadian banjir yang berlaku. Kesan perubahan iklim didapati telah mempengaruhi dan meningkatkan jumlah hujan yang diterima iaitu dianggarkan di antara 18% - 40% dalam tempoh kejadian banjir luar biasa tersebut Berasaskan dapatan ini, faktor perubahan iklim seperti mana faktor hujan, perubahan guna tanah, geografi dan lain-lain yang berkaitan, hendaklah dimasukkan dalam peringkat perancangan, reka bentuk dan pelaksanaan projek-projek melibatkan sektor air dan infrastruktur.

Citation

IR. MOHD ZAKI MAT AMIN, IR. MARINI MOHAMAD IDERIS , NURUL HUDA MD. ADNAN, GOH YEE CAI, NUR ELYASABATH MOHD GHAZALI, NUR AIZA MOHAMAD, MUHAMMAD RIZAL RAZALI, GS. KHAIRUL ANAM MUSA MAHMUD. 2015. ANALISIS HUJAN, BANJIR DAN FENOMENA KESAN PERUBAHAN IKLIM DI NEGERI PANTAI TIMUR - MINI LAB MENGENALPASTI PUNCA BANJIR LUAR BIASA DI NEGERI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA (2015). Digital NAHRIM Publication Repository.