BOTTLED 'SKYJUICE' IN THE WORKS / AIR HUJAN BOTOL MASUK PASARAN 2021 - BERNAMA (6 MARCH 2020)
Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA) telah melaksanakan kajian mengenai potensi kegunaan air hujan untuk tujuan air minuman (pembotolan minuman air hujan) melalui pelaksanaan projek penyelidikan sistem inkubator yang dibina di bangunan Makmal Hidraulik & Instrumentasi (MHI). Objektif utama kajian adalah untuk mengumpul, merawat, dan membotolkan air hujan sebagai air minuman yang mematuhi spesifikasi piawai air minuman berbungkus. Produk akhir adalah pembotolan air hujan sebagai air minuman berbungkus yang menggunakan dua sumber tadahan air hujan. 1. Air Minuman Berbungkus Jenama CloudRain@NAHRIM (Air Hujan Terawat) Kajian mengenai potensi kegunaan air hujan untuk tujuan air minuman (pembotolan air hujan) melalui pelaksanaan projek penyelidikan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) yang dibina di Surau Taqi Al-Din, NAHRIM dan Inkubator Air Minuman Berbungkus (AMB) – Pemprosesan air hujan terawat yang dibina di NAHRIM. 2. Air Minuman Berbungkus Jenama Raindrops (Air Hujan Terawat) Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah melaksanakan kajian mengenai potensi kegunaan air hujan untuk tujuan air minuman (pembotolan air hujan) melalui pelaksanaan projek penyelidikan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) yang dibina di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang dan Inkubator Air Minuman Berbungkus (AMB) – Pemprosesan air hujan terawat yang dibina di NAHRIM.
Authors
Abstract

Citation
IR. MARINI MOHAMAD IDERIS , IR. MOHD ZAKI MAT AMIN, NUR AIZA MOHAMAD, MOHD ASRI RAMLI, MOHD FAZLIN ZAINAL, AMIRUL NAIM HJ AZAHARI, MOHD ZHARIF MUHAMAD. 2020. BOTTLED 'SKYJUICE' IN THE WORKS / AIR HUJAN BOTOL MASUK PASARAN 2021 - BERNAMA (6 MARCH 2020). Digital NAHRIM Publication Repository.