Bab 4 Adaptasi Masyarakat Setempat dan Kerajaan
Masalah hakisan, kenaikan aras laut, penenggelaman daratan telah mencetuskan momentum masyarakat setempat dan penguatkuasa untuk beradaptasi dengan keadaan pesisiran pantai semasa yang sedang berubah. Tanah hak milik persendirian dan daratan pesisiran pantai perlu dipertahankan sebaik-baiknya. Melalui penyelidikan model numerikal, NAHRIM telah menghasilkan peta inundasi menunjukkan Kawasan kritikal di sepanjang pesisiran pantai Batu Pahat yang berkemungkinan dinaiki air disebabkan oleh kenaikan aras laut. Masyarakat setempat, khususnya penduduk pesisiran pantai berjuang dan berusaha untuk menghalang hakisan pantai dengan apa jua sekalipun, menggunakan segala daya kreativiti dan cara masing-masing yang tersendiri. Pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sangat prihatin dan telah berusaha membina benteng hakisan pantai di kawasan kritikal dan strategik di sepanjang pesisiran Pantai Batu Pahat. Struktur penahan ombak membantu mengurangkan hakisan, manakala pembinaan pintu air bagi mengawal saliran telah dibina sebagai langkah bersepadu pengurusan pantai.
Authors
Abstract

Citation
APA: Awang, N. A., Benson, Y. A. & Wan Mohd. Azhary, W. A. H. (2018). Bab 4 Adaptasi Masyarakat Setempat dan Kerajaan. In W. H. M. Wan Mohtar, S. A. Bassa Nawang & K. N. Abdul Maulud, Laut Makan Darat (1st ed., pp. 108-129). Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia: Penerbit UKM.