National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

Bahagian Di Dalam BukuRegistered2015

Bab 4 Kajian Susulan Impak Peningkatan Aras Laut Akibat Perubahan Iklim Terhadap Sosio-ekonomi di Persisiran Pantai Daerah Batu Pahat, Johor (Semerah –Rengit)

Peningkatan aras laut hangat diibincangkan di peringkat global pada masa ini dan dijangka akan memberi kesan yang signifikan pada kehilangan kawasan ekosistem pantai dan berjuta penduduk yang tinggal di kawasan pantai seperti di Selatan Asia dan Asia Tenggara akan menghadapi risiko banjir. Fenomena kenaikan aras laut ini akan menyebabkan kawasan bertopografi rendah ditenggelami air laut seterusnya akan memberi impak terhadap sosio-ekonomi kawasan setempat terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, tidak mempunyai struktur pengawalan pantai atau struktur sedia ada tidak mempunyai ketinggian yang mencukupi. Di samping itu, perubahan halaju arus dan ketinggian ombak juga akan meningkatkan kadar hakisan di pesisiran pantai tersebut, malah akan diburukkan lagi semasa kejadian monsun dan High Astronomical Tide (HAT) di mana tindakan ombak yang tinggi, arus yang kuat dan aktiviti pasang surut akan memberi kesan yang lebih signifikan terhadap pesisiran pantai sedia ada. Kajian ini adalah susulan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada tahun 2010 yang telah mengenalpasti bahawa pesisiran pantai Semenanjung Malaysia akan mengalami unjuran kenaikan aras laut di antara 0.25 m hingga 0.52 m pada tahun 2100. Unjuran kenaikan aras laut di Batu Pahat adalah 0.028 m (2020), 0.066 m (2040) dan 0.25 m pada tahun 2100. Keputusan mendapati peningkatan aras laut dijangka boleh masuk sejauh 12.9 km ke kawasan darat . Selain itu, lokasi yang paling ketara memerlukan cadangan adaptasi ialah di kawasan jeti eko-pelancongan Minyak Beku, Kampung Sg. Ayam Laut, Teluk Segenting, Sg. Koris dan di Sg. Punggor. Ini mungkin disebabkan ketiadaan struktur pengawalan pantai manakala sebahagian struktur yang sedia ada pula telah rosak serta mempunyai ketinggian yang tidak mencukupi.

Language: English
Document code: 87053043-709d-11ed-a315-fa163eda1aa9
Research Area: Perubahan Iklim
Published Year: 2015
DOI: —
ISBN / ISSN: 978-967-0829-41-8

Authors

Yannie Anak Benson Wan Ahmad Hafiz Bin Wan Mohd Azhary Ahmad Tarmizi Bin AlwiShahdy Izuan Bin SamsudinZulazman Bin Mad Lazin Mohamad Faizan Bin Sahinin

Abstract

Peningkatan aras laut hangat diibincangkan di peringkat global pada masa ini dan dijangka akan memberi kesan yang signifikan pada kehilangan kawasan ekosistem pantai dan berjuta penduduk yang tinggal di kawasan pantai seperti di Selatan Asia dan Asia Tenggara akan menghadapi risiko banjir. Fenomena kenaikan aras laut ini akan menyebabkan kawasan bertopografi rendah ditenggelami air laut seterusnya akan memberi impak terhadap sosio-ekonomi kawasan setempat terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, tidak mempunyai struktur pengawalan pantai atau struktur sedia ada tidak mempunyai ketinggian yang mencukupi. Di samping itu, perubahan halaju arus dan ketinggian ombak juga akan meningkatkan kadar hakisan di pesisiran pantai tersebut, malah akan diburukkan lagi semasa kejadian monsun dan High Astronomical Tide (HAT) di mana tindakan ombak yang tinggi, arus yang kuat dan aktiviti pasang surut akan memberi kesan yang lebih signifikan terhadap pesisiran pantai sedia ada. Kajian ini adalah susulan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada tahun 2010 yang telah mengenalpasti bahawa pesisiran pantai Semenanjung Malaysia akan mengalami unjuran kenaikan aras laut di antara 0.25 m hingga 0.52 m pada tahun 2100. Unjuran kenaikan aras laut di Batu Pahat adalah 0.028 m (2020), 0.066 m (2040) dan 0.25 m pada tahun 2100. Keputusan mendapati peningkatan aras laut dijangka boleh masuk sejauh 12.9 km ke kawasan darat . Selain itu, lokasi yang paling ketara memerlukan cadangan adaptasi ialah di kawasan jeti eko-pelancongan Minyak Beku, Kampung Sg. Ayam Laut, Teluk Segenting, Sg. Koris dan di Sg. Punggor. Ini mungkin disebabkan ketiadaan struktur pengawalan pantai manakala sebahagian struktur yang sedia ada pula telah rosak serta mempunyai ketinggian yang tidak mencukupi.

Citation

APA: Benson, Y. A., Wan Mohd. Azhary, W. A. H., Alwi, A. T., Samsudin, S. I., Mad Lazin, Z., & Sahinin, M. F. (2015). Kajian Susulan Impak Peningkatan Aras Laut Akibat Perubahan Iklim Terhadap Sosio-ekonomi di Persisiran Pantai Daerah Batu Pahat, Johor (Semerah –Rengit). In S. M. Syed Abdullah, M. Abdullah, K. N. Abdul Maulud, W. H. M. Wan Mohtar & N. E. Hasan, Kesan hakisan dan kenaikan paras air laut di Batu Pahat - Impak kepada komuniti setempat (1st ed., pp. 28-45). Bangi, Selangor, Malaysia: Institut Perubahan Iklim (IPI).