Prosiding Bengkel Penyediaan Garis Panduan Piawaian dan Kos Projek Tebatan Banjir
Banjir merupakan fenomena alam yang lumrah, tidak terkecuali di Malaysia. Dalam usaha-usaha menangani masalah banjir, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bersama jabatan-jabatan di bawahnya seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah memainkan peranan yang utama. Perlaksanaan projek tebatan banjir secara struktur melalui pembinaan empangan, pintu air, kolam takungan, benteng dan sebagainya serta projek tebatan banjir secara bukan struktur melalui pembangunan sistem amaran dan ramalan banjir telah berjaya mengurangkan kejadian banjir, kehilangan nyawa dan kerosakan harta–benda. Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini melibatkan kos yang tinggi. Menyedari hakikat bahawa kos merupakan faktor utama di dalam penentuan sesuatu projek tebatan banjir, maka NRE telah mengambil inisiatif untuk menyediakan satu garis panduan piawaian dan kos projek tebatan banjir sebagai sumber rujukan awalan. Sehubungan dengan itu, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah diminta untuk menyediakan garis panduan tersebut untuk kegunaan pelbagai pihak khususnya semasa peringkat perancangan projek yang memerlukan anggaran kos dan penentuan piawaian projek. Lanjutan itu, Bengkel Penyediaan Garis Panduan Piawaian dan Kos Projek Tebatan Banjir telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Sungai NAHRIM pada 27 Januari 2011 di Auditorium, NAHRIM. Seramai 66 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan pusat-pusat pengajian tinggi tempatan telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel telah dibahagikan kepada sesi pembentangan kertas kerja dan perbincangan kumpulan mengikut 4 topik perbincangan iaitu panduan piawaian dan kos komponen struktur dan bukan struktur projek tebatan banjir serta kepelbagaian fungsi projek tebatan banjir dan bertanggungjawaban perunding dalam memastikan kesempurnaan projek. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada NRE di atas kepercayaan yang diberikan kepada NAHRIM untuk menyediakan garis panduan ini. Hasil sumbangan daripada semua peserta bengkel diterbitkan sebagai prosiding dan ia merupakan satu kompilasi kertas-kertas kerja dan pembentangan sesi teknikal, hasil perbincangan kumpulan serta catatan ulasan, komen, soalan dan jawapan sepanjang bengkel. Akhir sekali, saya berharap prosiding ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan rujukan di dalam penyediaan garis panduan ini kelak.
Authors
Abstract

Citation
IR. LIEW YUK SAN , Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Zalilah binti Selamat, Zamsalwani Zamri, Kamil Adli bin Puteh Ariffin, Mohd. Amram bin Mohd. Nor. 2020. Prosiding Bengkel Penyediaan Garis Panduan Piawaian dan Kos Projek Tebatan Banjir. Digital NAHRIM Publication Repository.