National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

Seminar / Bengkel / KolokiumRegistered2022

KRISIS AIR MASA HADAPAN: IMPLIKASI KEPADA PERTANIAN NEGARA - SIMPOSIUM AGROBIODIVERSITY DAN AGROPERSEKITARAN (A-BES 2022)

Air merupakan sumber penting untuk kebanyakan aktiviti yang merangkumi bekalan air, penjanaan kuasa hidro, rekreasi, pertanian, industri serta pemuliharaan alam sekitar. Tekanan terhadap sumber air semakin meningkat terutamanya disebabkan oleh pelbagai aktiviti manusia iaitu pembandaran, pertumbuhan penduduk, peningkatan taraf hidup, persaingan yang semakin meningkat untuk mendapatkan air dan pencemaran. Permintaan air yang tinggi daripada semua sektor/pengguna air telah memberi tekanan kepada sumber air yang membawa kepada persaingan untuk mendapatkan air bersih. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pertumbuhan penduduk yang tinggi, pembangunan pesat dan pencemaran serta faktor iklim yang dikenali sebagai perubahan iklim. Perubahan iklim boleh menjejaskan sumber air melalui kesannya terhadap perubahan corak hujan yang merangkumi kuantiti, kebolehubahan, masa, kekerapan dan keamatan. Intervariability hujan ini akan mengakibatkan pengurangan taburan hujan pada kawasan yang sebelumnya menerima jumlah hujan yang tinggi. Perubahan iklim merujuk kepada perubahan iklim jangka panjang, termasuk suhu purata dan hujan untuk jangka masa yang panjang dari 10 hingga 100 tahun di mana normanya melebihi 30 tahun (WMO, 2002). Fenomena El Nino yang teruk berlaku pada tahun 1997-1998 dan 2015- 2016 di mana hujan/kerpasan menurun dengan ketara dan menyebabkan kemarau berpanjangan. Kekurangan sumber air akibat ketidakupayaan empangan bekalan air menyediakan jumlah air yang mencukupi telah menjejaskan gangguan bekalan air serta merencatkan ekonomi bagi sektor pertanian, perindustrian dan komersial negara. Kertas ini bertujuan untuk melihat kesan krisis air pada masa hadapan di bawah impak perubahan iklim ke atas pertanian negara. Cadangan dan strategi bagi menangani krisis air terhadap pertanian negara melalui pengurusan sumber air, permintaan air, pengurusan holistik jaminan makanan, memperkukuh kerjasama serantau dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam hidrologi pertanian.

Language: English
Document code: 4dc89f97-f51a-11ed-ac9d-00505695eb80
Research Area: Sumber Air
Published Year: 2022
DOI: —
ISBN / ISSN: —

Authors

IR. MARINI MOHAMAD IDERIS GOH YEE CAIZURINA ZAINOLMOHD FAZLIN ZAINALIR. AZMAN MAT JUSOH

Abstract

Air merupakan sumber penting untuk kebanyakan aktiviti yang merangkumi bekalan air, penjanaan kuasa hidro, rekreasi, pertanian, industri serta pemuliharaan alam sekitar. Tekanan terhadap sumber air semakin meningkat terutamanya disebabkan oleh pelbagai aktiviti manusia iaitu pembandaran, pertumbuhan penduduk, peningkatan taraf hidup, persaingan yang semakin meningkat untuk mendapatkan air dan pencemaran. Permintaan air yang tinggi daripada semua sektor/pengguna air telah memberi tekanan kepada sumber air yang membawa kepada persaingan untuk mendapatkan air bersih. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pertumbuhan penduduk yang tinggi, pembangunan pesat dan pencemaran serta faktor iklim yang dikenali sebagai perubahan iklim. Perubahan iklim boleh menjejaskan sumber air melalui kesannya terhadap perubahan corak hujan yang merangkumi kuantiti, kebolehubahan, masa, kekerapan dan keamatan. Intervariability hujan ini akan mengakibatkan pengurangan taburan hujan pada kawasan yang sebelumnya menerima jumlah hujan yang tinggi. Perubahan iklim merujuk kepada perubahan iklim jangka panjang, termasuk suhu purata dan hujan untuk jangka masa yang panjang dari 10 hingga 100 tahun di mana normanya melebihi 30 tahun (WMO, 2002). Fenomena El Nino yang teruk berlaku pada tahun 1997-1998 dan 2015- 2016 di mana hujan/kerpasan menurun dengan ketara dan menyebabkan kemarau berpanjangan. Kekurangan sumber air akibat ketidakupayaan empangan bekalan air menyediakan jumlah air yang mencukupi telah menjejaskan gangguan bekalan air serta merencatkan ekonomi bagi sektor pertanian, perindustrian dan komersial negara. Kertas ini bertujuan untuk melihat kesan krisis air pada masa hadapan di bawah impak perubahan iklim ke atas pertanian negara. Cadangan dan strategi bagi menangani krisis air terhadap pertanian negara melalui pengurusan sumber air, permintaan air, pengurusan holistik jaminan makanan, memperkukuh kerjasama serantau dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam hidrologi pertanian.

Citation

IR. MARINI MOHAMAD IDERIS , GOH YEE CAI, ZURINA ZAINOL, MOHD FAZLIN ZAINAL, IR. AZMAN MAT JUSOH. 2022. KRISIS AIR MASA HADAPAN: IMPLIKASI KEPADA PERTANIAN NEGARA - SIMPOSIUM AGROBIODIVERSITY DAN AGROPERSEKITARAN (A-BES 2022). Digital NAHRIM Publication Repository.