National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

Newspaper ArticleRegistered2025

PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN DIJANGKA PADA 30 SEPTEMBER INI

KUALA LUMPUR - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 Sept dan akan berlanjutan hingga November depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 10 Mei lepas. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan semasa fasa peralihan itu, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah. "Keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir. Fenomena ini lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam,” menurut kenyataan itu. METMalaysia memaklumkan kawasan dijangka paling terkesan ialah Barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, Barat Sabah dan Sarawak. Fenomena cuaca berkenan berisiko menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, kepala air dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. "Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga selain sentiasa mengikuti maklumat terkini mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui pelbagai saluran rasmi METMalaysia, termasuk laman web, aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial,” menurut kenyataan itu.

Language: English
Document code: 3f3399a1-9e6a-11f0-a28c-00505695eb80
Research Area: Hydrology
Published Year: 2025
DOI: —
ISBN / ISSN: —

Authors

No author information available.

Abstract

KUALA LUMPUR - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 Sept dan akan berlanjutan hingga November depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 10 Mei lepas. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan semasa fasa peralihan itu, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah. "Keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir. Fenomena ini lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam,” menurut kenyataan itu. METMalaysia memaklumkan kawasan dijangka paling terkesan ialah Barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, Barat Sabah dan Sarawak. Fenomena cuaca berkenan berisiko menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, kepala air dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. "Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga selain sentiasa mengikuti maklumat terkini mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui pelbagai saluran rasmi METMalaysia, termasuk laman web, aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial,” menurut kenyataan itu.

Citation

. 2025. PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN DIJANGKA PADA 30 SEPTEMBER INI. Digital NAHRIM Publication Repository.