LAPORAN TAHUNAN 2017
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) adalah Institusi Penyelidikan Awam yang menjalankan penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan dalam hidro persekitaran termasuk program serta mengadakan perkongsian kepakaran bersama agensi tempatan dan di peringkat antarabangsa. NAHRIM merupakan sebuah Institut Penyelidikan yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi pusat tumpuan penyelidikan kebangsaan serta sebagai pusat rujukan utama dalam penyelidikan hidro persekitaran NAHRIM telah melalui tahun 2017 dengan cemerlang dengan kejayaan beberapa kajian penyelidikan sejajar dengan Misi dan Visi NAHRIM bagi memastikan pembangunan negara yang mampan demi kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat. Kajian impak perubahan iklim dan kenaikan aras laut terhadap pantai Malaysia telah disiapkan dan unjuran terkini kenaikan aras laut telah dihasilkan. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada pelan perancangan mitigasi dalam menangani fenomenan pemanasan global, kenaikan aras air laut di muara sungai dan penyebab banjir di pusat pantai dan hasil kajian dapat dijadikan bahan rujukan kepada agensi-agensi lain yang berkepentingan dalam membuat perancangan pembangunan. Lebih membanggakan dalam tahun 2017, NAHRIM telah memenangi Merit Award di 17th APICTA Award 2017 yang diadakan di Dhaka dalam kategori Sustainable and Environment Technology melalui Projek Big Data NAHRIM yang dikenali Malaysia Climate Change Knowledge Portal (N-HYDAA). Begitu juga kejayaan dalam penyertaan beberapa produk inovasi yang terdiri daripada NoFAT yang turut memenangi pingat perak dalam International Exhibition of Inventions Geneva 2017 serta SMADRAT V2 dan NR-GPT yang kini sebahagiannya telah dikomersilkan. NAHRIM juga telah menerima pertauliahan akreditasi makmal MS ISO/IEC 17025 oleh Jabatan Standard Malaysia pada Februari 2017 untuk Makmal Kualiti Air (MKA). MS ISO/IEC 17025:2005 adalah akreditasi makmal ujian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, diurustadbir oleh Jabatan Standards Malaysia. MKA terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan produk berkaitan peningkatan kualiti air dan persekitarannya. Antara penyelidikan yang dijalankan adalah berkaitan bahan kimia kompleks Endocrine Disrupting Chemicals (EDCs) dan produk seperti Activated Carbon, Bioflocculant, Modified Membrane Nanofiltration dan Magnetic Nanoparticle.
Authors
Abstract

Citation
IR. TS. MUHAMMAD RIZAL RAZALI. 2018. LAPORAN TAHUNAN 2017. Digital NAHRIM Publication Repository.