LAPORAN TAHUNAN 2016
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengharungi Tahun 2016 melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti dalam sektor hidro-alam sekitar termasuk projek dan program pembangunan, penghasilan produk inovasi dan pensijilan fasiliti NAHRIM serta mengadakan perkongsian pintar dengan agensi dalam dan luar negara. NAHRIM telah menyiapkan dua kajian Pengurusan Lembangan Tasik Bersepadu iaitu Tasik Semberong di Johor dan Tasik Batang Ai di Sarawak. Kajian ini penting bagi memulihara kelestarian tasik supaya ianya sentiasa dapat memenuhi permintaan pelbagai pengguna dari aspek kuantiti dan kualiti air mentah. Penghasilan kajian ini adalah sejajar dengan keputusan Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-7 pada 1 November 2012 yang telah memperaku NAHRIM sebagai Pusat Penyelidikan dan Sumber Kebangsaan bagi Tasik dan Takungan Air Empangan di Malaysia. NAHRIM juga telah berjaya melaksanakan Projek Data Raya melalui Portal Pengetahuan Perubahan Iklim Malaysia dengan penggunaan Perkomputeran Berprestasi Tinggi atau HPC (High Performance Computing). HPC memudahkan pemodelan data hidroiklim dalam kuantiti yang besar (billion data) bagi mendapatkan data unjuran untuk kajian impak perubahan iklim ke atas taburan hujan dan aliran sungai. Para penyelidik NAHRIM juga telah menyertai pelbagai pertandingan inovasi di dalam dan luar negara. NAHRIM telah menjuarai Anugerah Inovasi Negara 2016 (AIN 2016) bagi kategori produk iaitu Sistem Saliran Bersepadu NAHRIM atau NIDS (NAHRIM Integrated Drainage System) yang berupaya menguatkan tebing sungai serta dasar anak sungai dan sistem saliran buatan manusia. Makmal Kualiti Air NAHRIM pula telah menerima Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 oleh Jabatan Standards Malaysia dan menjadikannya sebagai sebuah makmal kualiti air yang bertauliah untuk perkhidmatan analitikal makmal. Makmal Kualiti Air NAHRIM juga terlibat dalam inisiatif Makmal 1NRE ( 1NRE Lab) bagi menyokong keperluan analisa kualiti air daripada agensi-agensi penguatkuasa NRE khususnya untuk mengenalpasti jenis dan punca pencemaran air dengan pantas. NAHRIM sentiasa menyokong NRE dan lain-lain agensi NRE serta lain-lain agensi Kerajaan untuk memulihara alam sekitar dan meningkatkan sektor air negara. NAHRIM turut terlibat dalam aktiviti pemuliharaan Cameron Highlands melalui kerja perundingan yang ditawarkan oleh Pusat Penyelidikan Tenaga Nasional Berhad atau TNBR (Tenaga Nasional Berhad Research Centre). Diantaranya adalah Projek Pemuliharaan Lembangan Sungai Bertam yang melibatkan langkah-langkah struktur dan bukan struktur serta penglibatan para pemegang taruh bagi memastikan kejayaannya.
Authors
Abstract

Citation
IR. TS. MUHAMMAD RIZAL RAZALI. 2017. LAPORAN TAHUNAN 2016. Digital NAHRIM Publication Repository.