National Water Research Institute of Malaysia

Publication details

Publication Details

Public publication metadata, abstract, authors and available digital access.

BookPublic2018

Pelan Strategik NAHRIM Tahun 2016-2020

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) merupakan sebuah Pusat Penyelidikan bidang hidro-persekitaran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). NAHRIM menyokong hasrat dan inspirasi NRE untuk memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang dan memastikan pembangunan yang lestari. Lanjutan itu, NAHRIM adalah komited untuk mencapai visinya iaitu memberi perkhidmatan cemerlang selaku pusat pakar rujuk kebangsaan dalam bidang hidro-persekitaran demi memacu pembangunan negara yang mampan bagi kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat. Pelan Strategik ini menyediakan rangka dasar, hala tuju dan bidang tumpuan yang akan diterjemahkan dan direalisasikan oleh warga NAHRIM. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang diterajui oleh NAHRIM pada masa ini meliputi bidang kejuruteraan hidraulik sungai dan pantai, pengurusan sumber air termasuk air hujan dan air tanah, impak perubahan iklim ke atas sumber air negara dan langkah-langkah adaptasi dan pemuliharaan kualiti air sungai dan tasik serta persekitarannya. Disamping menjalankan penyelidikan, NAHRIM juga menjalankan kerja-kerja perundingan dan khidmat nasihat teknikal berkaitan hidro-persekitaran kepada agensi kerajaan dan swasta. Pelan Strategik NAHRIM 2016-2020 ini adalah selari dengan hala tuju Strategik Rancangan Malaysia Kesebelas NRE iaitu memastikan tadbir urus pengurusan sumber air yang berkesan. Justeru itu, Pelan Strategik NAHRIM ini mengandungi empat (4) Objektif Strategik, tujuh (7) Strategi dan dua puluh (20) Program bagi menyokong Pelan Tindakan Strategik NRE dalam rangka mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam usaha menyediakan Pelan Strategik NAHRIM 2016-2020 ini.

Language: English
Document code: 080e804e-0ad6-11f0-a28c-00505695eb80
Research Area: Others
Published Year: 2018
DOI: —
ISBN / ISSN: 978-967-9429-21-3

Authors

IR. TS. MUHAMMAD RIZAL RAZALI

Abstract

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) merupakan sebuah Pusat Penyelidikan bidang hidro-persekitaran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). NAHRIM menyokong hasrat dan inspirasi NRE untuk memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang dan memastikan pembangunan yang lestari. Lanjutan itu, NAHRIM adalah komited untuk mencapai visinya iaitu memberi perkhidmatan cemerlang selaku pusat pakar rujuk kebangsaan dalam bidang hidro-persekitaran demi memacu pembangunan negara yang mampan bagi kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat. Pelan Strategik ini menyediakan rangka dasar, hala tuju dan bidang tumpuan yang akan diterjemahkan dan direalisasikan oleh warga NAHRIM. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang diterajui oleh NAHRIM pada masa ini meliputi bidang kejuruteraan hidraulik sungai dan pantai, pengurusan sumber air termasuk air hujan dan air tanah, impak perubahan iklim ke atas sumber air negara dan langkah-langkah adaptasi dan pemuliharaan kualiti air sungai dan tasik serta persekitarannya. Disamping menjalankan penyelidikan, NAHRIM juga menjalankan kerja-kerja perundingan dan khidmat nasihat teknikal berkaitan hidro-persekitaran kepada agensi kerajaan dan swasta. Pelan Strategik NAHRIM 2016-2020 ini adalah selari dengan hala tuju Strategik Rancangan Malaysia Kesebelas NRE iaitu memastikan tadbir urus pengurusan sumber air yang berkesan. Justeru itu, Pelan Strategik NAHRIM ini mengandungi empat (4) Objektif Strategik, tujuh (7) Strategi dan dua puluh (20) Program bagi menyokong Pelan Tindakan Strategik NRE dalam rangka mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam usaha menyediakan Pelan Strategik NAHRIM 2016-2020 ini.

Citation

IR. TS. MUHAMMAD RIZAL RAZALI. 2018. Pelan Strategik NAHRIM Tahun 2016-2020. Digital NAHRIM Publication Repository.