Pengurusan Greywater di Malaysia : Perspektif Tadbir Urus, Kawalan, Penguatkuasaan dan Teknologi Rawatan
Pemahaman umum berkenaan greywater adalah air sisa yang terhasil daripada aktiviti cucian pakaian, pembasuhan pinggan mangkuk, dapur, mandian, dan cucian kereta. Walau bagaimanapun, definisi yang tepat dan urus tadbir dari segi aspek perundangan, kawalan pelepasan dan piawaian kualiti air berkaitan greywater di Malaysia adalah masih longgar dan perlu diperkasakan. Pemahaman umum bahawa greywater adalah sebahagian daripada air kumbahan juga adalah tidak tepat kerana greywater dan air kumbahan memiliki kualiti dan karakter yang amat berbeza. Sehubungan itu dalam usaha kerajaan menambahbaik pengurusan greywater di Malaysia, pihak NAHRIM telah dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) sebagai agensi pelaksana untuk menjalankan kajian analisis situasi semasa berkaitan tadbir-urus greywater di Malaysia. Kajian ini melihat kepada keperluan menentukan aktiviti-aktiviti yang menjadi punca utama penghasilan greywater, mengenalpasti parameter-parameter kualiti air yang boleh dijadikan indikator penentuan punca pencemaran greywater, menambahbaik garis panduan sedia ada terutama dari segi takrifan dan tafsiran greywater, kelompongan undang-undang sedia ada dan memperlihatkan teknologi rawatan pelepasan greywater hasil kajian kepakaran tempatan. Objektif yang disasarkan dalam kajian ini adalah untuk memperkasakan pengurusan dan pentadbiran greywater di Malaysia terutama aspek kualiti air dan pencemaran yang terangkum di bawah bidang kuasa kementerian. Oleh yang demikian, kajian perintis ini akan memberi fokus kepada pengenalpastian parameter-parameter yang boleh menjadi ukuran tahap pencemaran greywater, menentukan punca-punca pelepasan greywater dan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pelepasan greywater. Standard dan piawaian yang diamalkan oleh negara-negara maju seperti Australia dan Singapura dijadikan rujukan utama dalam kajian ini kerana Malaysia masih belum mempunyai standard khusus bagi mengawal-selia kualiti air pelepasan greywater ke dalam longkang dan sungai. Buku infografik ini juga turut mengetengahkan tadbir urus, penguatkuasaan serta kawalan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut daerah dan negeri iaitu di Bahagian Dua dan Bahagian Tiga buku ini. Salah satu komponen penting dalam buku ini juga adalah kupasan berkenaan inovasi dan teknologi rawatan greywater yang dibangunkan oleh jabatan, institusi dan universiti tempatan seperti yang dipaparkan di bahagian empat buku infografik ini. Inovasi dan teknologi yang telah dibangunkan dengan kepakaran tempatan diharap dapat menjadi rujukan untuk membantu jabatan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha mengawal pencemaran greywater, memperkasa kaedah tadbir-urus sedia ada dan mengalakkan penggunaan semula greywater.
Authors
Abstract

Citation
IR. MOHD ZAKI BIN MAT AMIN, TS. HJ. ZUBAIDI JOHAR, DR. BASHIRAH MOHD FAZLI, ANG SHIN YIN. 2023. Pengurusan Greywater di Malaysia : Perspektif Tadbir Urus, Kawalan, Penguatkuasaan dan Teknologi Rawatan. Digital NAHRIM Publication Repository.