Pemodelan Fizikal Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) NAHRIM
Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), telah mula beroperasi sejak tahun 2007 dengan keluasan MHI secara keseluruhan sekitar 12,000 m². MHI berperanan sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), perundingan, latihan, serta pengujian pemodelan fizikal hidraulik air dan kalibrasi peralatan makmal yang berkaitan. Antara fasiliti utama yang disediakan ialah Basin 30m, Basin 50m, Flume 50m dan Flume 100m, yang masing-masing dilengkapi dengan penjana ombak pelbagai arah dan magnitud serta penjana arus. Kaedah pemodelan fizikal di MHI diaplikasi untuk mengkaji interaksi ombak dan arus terhadap pelbagai jenis struktur hidraulik seperti pemecah ombak, struktur perlindungan pantai, pelabuhan serta produk hidraulik seperti pam air dan sistem mitigasi banjir. Melalui simulasi berskala, MHI turut menilai kesan pembangunan pantai serta impak tsunami terhadap struktur hidraulik bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan reka bentuk strutur hidraulik. Antara pencapaian utama MHI termasuk pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records bagi “Sistem Penuaian Air Hujan Terbesar untuk Makmal” (2018) dan “Model Skala Hidraulik Terbesar” (2020).
Authors
Abstract

Citation
IR. LIEW YUK SAN , IR. TS. ICAHRI HJ. CHATTA. 2025. Pemodelan Fizikal Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) NAHRIM. Digital NAHRIM Publication Repository.