WATERNEWS

Get latest news related to National Water Research Institute Of Malaysia
Reset
Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Published on 24 February 2024      Source : Bernama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.

Beliau berkata sekiranya keadaan kemarau semakin berpanjangan, Jabatan Air Sabah (JAS) akan melaksanakan catuan dan menyarankan untuk langkah-langkah penjimatan air.

"Saya telah bermesyuarat dengan JAS bagi membincangkan isu bekalan air di Sabah berikutan keadaan cuaca panas yang sedang melanda negara kita ketika ini. Setakat yang kami maklumkan JAS bersedia untuk memastikan bahawa kita pempunyai bekalan air yang mencukupi di empangan yang ada pada masa kini.

"Bagaimanapun sekiranya kita sampai ke tahap kritikal mungkin alternatif seperti pembenihan awan akan dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia Peringkat Sabah di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pada ketika ini JAS juga ada melaksanakan catuan berikutan sistem pengagihan paip bagi memastikan semua pengguna mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

Semalam (23 Feb), Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jabatan dan agensi berkaitan diminta bersedia melaksana pemadaman kebakaran berskala besar dan operasi pembenihan awan bagi menghadapi keadaan cuaca panas dan kering serta fenomena El Nino ketika ini.

Disclaimer Privacy Policy Security Policy Personal Data Protection
Best viewed using Mozilla Firefox dan Google Chrome with screen resolution 1366x768.
Copyright © 2022 National Water Research Institure Of Malaysia (NAHRIM)
TOP