Author
Mohd Fadhil Kasim, Mohd Nur Farhan Abd Wahab , Mohd Hafiz Zulkifli, Dr. Zati Sharip, Ts. Hj. Zubaidi Johar
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS) telah menjalankan Kajian awal kaedah pengiraan kadar harga air mentah berdasarkan kepada aspek perkhidmatan ekosistem. Beberapa siri perbincangan bersama pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Bahagian Bekalan Air (BBA) bagi memastikan hasil kajian ini memenuhi keperluan agensi-agensi berkaitan. Hasil dapatan kajian awal ini mendapati sumber air yang bersih mempunyai nilai ekonomi yang tinggi berbanding sumber air yang tercemar yang bukan sahaja kurang nilai ekonominyatetapi juga berisiko mendatangkan kemudaratan kepada ekosistem dan alam sekitar.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-